Tahniah dan syukur kepada Allah. Seorang lagi artis wanita telah pun bertudung. Farah Asyikin, 33 membuat keputusan untuk bertudung selepas beliau menunaikan solat taubat nasuha. Sewaktu membaca artikel yang di tulis dalam portal murai, KepakMerah amat tersentuh dengan penghijrahan yang dilakukan. KepakMerah terus mendapatkan komen Farah Asyikin tentang penghijrahannya. Katanya penghijrahan itu IKHLAS dilakukan kerana Allah, kuasa Allah. Farah Asyikin turut memberitahu KepakMerah yang dia kini terasa amat TENANG dan sentiasa bersyukur kepada Allah. Bila KepakMerah membaca status BBM nya..... tertera status puji-pujian terhadap Allah SWT. Itulah Farah Asyikin yang dulu pernah mendirikan rumahtangga tetapi perkahwinannya gagal. Beliau turut memberitahu KepakMerah bahawa dia tetap Farah Asyikin, cuma banyak perkara - perkara yang ditegah telah ditinggalkan. KepakMerah mengucapkan tahniah dan syukur kepadaNya yang telah membuka pintu hati Farah untuk mendekatkan diri kepada penCiptanya..... katanya lagi.... dia minta agar peminat tidak menganggap penghijrahan ini untuk mencari publisiti atau populariti sebaliknya apa yang dilakukan ikhlas dari hati akibat daripada perasaan yang takut pada kekuasaan Allah dan pembalasan terhadap yang berdosa.... (yang lain tu bila lagi??... perkara yang baik jangan dilengahkan).
No comments:
Post a Comment