Inilah single terbaru daripada pelakon/penyanyi kecil molek Liyana Jasmay. Selepas menyepi seketika, pelontar suara untuk lagu 'aku tak percaya cinta' dan 'aku jatuh cinta' kembali dengan lunak suara yang lebih matang bersama lagu 'cinta bersatu'. KepakMerah mendengar berkali - kali untuk mencari keistimewaan lagu ini.
Lagu dan lirik daripada Tilu ni memang sedap didengar dan tidak mustahil untuk mendapat airplay distesen-stesen radio. Vokal yang dipersembahkan oleh Liyana didalam lagu ini pun bagus... boleh lentok la.
Video yang dipersembahkan hanyalah menggunakan still photo..... sama-sama kita tunggu videoclip, pasti lebih menarik.
Baju yang dipakai oleh Liyana nampak cantik sangat. KepakMerah dapat tahu baju tu rekaan pereka terkenal tanahair Rizman Ruzaini. Tahniah, design yang menarik.
KepakMerah nak petik sikit tulisan Liyana buat peminatnya :
Hi LittleLovers! Please have a listen to my new song entitled Cinta Bersatu.
You can start requesting this song on our local radios through FB and Twitter!
@hotfm976 @era_fm @SINARFM @suriafmradio
Layanlah dan dengarlah Cinta Bersatu
KM: cantik mini cooper merah.... sesuai dengan pemandunya.
No comments:
Post a Comment