Friday, 24 February 2012

Filem See Food, kisah persahabatan

KepakMerah dah pun  menonton filem animasi pertama buatan anak tempatan yang bertajuk SeeFood.  Kisahnya mengenai dua ikan yang berkawan baik iaitu seekor jerung bernama Pub dan Julius, seekor jerung berinsang putih.
   Susah dan senang mereka bersama, Ia bukanlah sekadar animasi biasa tetapi membawakan tema persahabatan dan alam sekitar. Filem edaran Grand Brilliance itu akan mula ditayangkan pada 8 Mac ini sempena cuti sekolah . Elok bawa anak-anak menonton filem ini supaya mereka mengerti makna bersahabatan yang bukan hanya diperlukan waktu senang saja. Ia akan ditayangkan  di 65 pawagam di seluruh negara.
   Bagaimana pun KepakMerah  cadangkan sebelum pergi menonton filem ini, kosongkan minda anda dan jangan bandingkan SeeFood dengan filem animasi dari luar negara. Bajet mereka besar dan animator mereka  pun ramai,. Namun begitu, KepakMerah bangga kerana anak tempatan mampu terbitkan filem animasi yang KepakMerah sifatkan amat cerewet pembikinannya. SeeFood mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.
   SeeFood juga menonjolkan perkampungan nelayan dengan latar belakang yang sangat cantik, Khabarnya filem itu sudah ditayangkan lebih 90 negara.






Sinopsis See Food
Berlatar belakangkan eko-sistem sekitar kita, SeeFood mengisahkan tentang seekor anak jerung bernama Pup yang mempunyai misi untuk mencari sekumpulan pemburu haram yang telah mencuri sebilangan telur-telur dari kawasan perairannya di mana pengembaraannya yang penuh dengan aksi-aksi lucu bukan sahaja di dalam air, malahan di darat.
Pup berusaha untuk menyelamatkan abang-abang dan kakaknya tanpa memikirkan keselamatan nyawanya. Pup telah sampai ke dunia daratan yang ada watak Man. Di daratan Pup tidak menyangka ada bahaya jugak menanti dia di sana.
Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya. Pup dan Julius memakai sut khas supaya mereka berupaya mengembara di daratan.
KM: Suka tengok kartun untuk mengurangkan tekanan.

No comments:

Post a Comment