Saturday, 18 February 2012
Filem Bravo mula penggambaran
Selepas dua tahun tergendala akhirnya KepakMerah dapat tahu filem Bravo akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi dan syarikat produksi yang menerbitkan filem itu, Karya Prima Sdn Bhd ambil semua pelakon baru.
Antara barisan artis yang akan tampil dalam filem itu termasuklah hero pujaan Malaya, Remy Ishak, Beeto Khusairy, Sashitaram, Hattan, Nurkhiriah dan Ogy Ahmad Daud. KepakMerah yakin ramai penonton tak sabar tunggu Remy jadi 'abang tentera' pula kali ini, sesuai benar dengan wajah machonya. Tapi awas, jangan ada yang jatuh hati dengannya kerana dia sudah jadi milik pelakon jelia Tiz Zaqyah,
Penggambaran filem itu akan dilakukan di Melaka, Tapah, Mersing dan Kuala Lumpur dan bakal diarahkan oleh Yeop Hitler. Setakat itulah perkembangan terbaru yang KepakMerah dengar dan kita tunggu filem itu siap nanti.
KM: Takut tonton filem seram sampai termimpi-mimpi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment