Saturday, 18 February 2012

Intan Azura tunggu pinangan

Kesian pulak KepakMerah dengar rintihan hati pelakon jelita, Intan Azura yang menunggu pinangan daripada buah hatinya. Katanya cinta tetapi selepas puas menunggu tak ada tanda-tanda nak masuk meminang pun.
  KepakMerah faham perasaan Intan kerana KepakMerah pernah ada kawan yang merana sakan sebab buah hati buat tak reti saja. Katanya sayang tetapi tak nampak bayang pun nak melamar.
   Kerana tak tahan menunggu, akhirnya kawan KepakMerah tarik dari dan cari teman baru. Sabarlah Intan, mungkin dia sedang menunggu tarikh yang benar-benar sesuai untuk hantar tepak sirih ke rumah Intan.

KM: Kawan KepakMerah dari tembun dah kurus kering kerana cintanya dipersiakan.

No comments:

Post a Comment