Wednesday, 22 February 2012

Pulanglah Nurul Zakiah



Umurnya baru 17 tahun, berkenalan baru 3 minggu dengan seorang lelaki asing di percayai daripada Pakistan. Bertemu pada 'Hari Kekasih' - 14 Februari 2012. Samer Khan seorang lelaki 'kacak' seperti yang digambarkan oleh Nurul Zakiah kepada ibu saudaranya Norlaila Saad.


Seorang lagi anak gadis tempatan melarikan diri akibat penangan 'cinta' lelaki kacak mungkin mirip HERO Hindi. Baru berumur 17 tahun, dah berani membuat keputusan sebegini tanpa memikirkan mereka yang membesarkannya. Jika Nurul Zakiah tak pulang, camna nak exam SPM hujung tahun ni? Camna dengan masa depannya?

KepakMerah kadang-kadang tu rasa terkilan dengan tindakan yang diambil oleh remaja hari ini tanpa memikirkan 'hak' yang menjaga mereka daripada baby. Apa yang mereka fikir hanyalah kebahagiaan dan keseronokan sementara sahaja, sedangkan ibubapa/penjaga telah merancang sebaik mungkin dan mengatur setiap langkah mereka untuk memastikan kejayaan dan kebahagiaan dimasa hadapan.

Siapa yang tak risau bila anak yang dibesarkan tiba-tiba hilang begitu sahaja. Nak mencari, tak tahu kemana mereka pergi. Akhirnya media yang akan menjadi medan terbaik untuk berkongsi dengan masyarakat yang prihatin. Mungkin dengan terpampang wajah gadis terbabit didada akhbar/TV/blog dan juga medium yang lain akan mempercepatkan lagi penemuan Nurul Zakiah.

Laporan Polis telah pun dibuat mengenai kehilangan Nurul Zakiah. Kepada pembaca yang mengenali atau ternampak gadis terbabit (gambar), sila hubungi ayahnya En. Azman Saad ditalian 0192959178 atau 0129121072.

KM: Risau dan  takut jika hal ini berlaku keatas keluarga sendiri.

No comments:

Post a Comment