Wednesday, 22 February 2012

Izara Aishah tak hipokrit, mengaku ada kekasih


KepakMerah puji sikap Izara Aishah yang tak hipokrit dalam soal peribadi. Sekalipun namanya tengah naik, dia tak gentar mengaku sudah berpunya biarpun ada yang menyifatkan pengakuan sebegitu boleh buat saham jatuh. Tiada apa yang perlu disembunyikan lagi mengenai status gadis jelita berusia 19 tahun yang juga finalis Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian  2011. Hatinya memang sudah dimiliki dan percintaan mereka sudah mula bertaut sejak di sekolah menengah lagi. cinta mereka memang serius bukan seperti mana cinta remaja zaman seklah yang lebih dipanggil ‘cinta monyet’. Ini berikutan buah hatinya itu sudah dikenali enam tahun lalu.

Mula mengenali ketika di tingkatan dua, Izara dan arjuna hatinya secara rasmi bercinta di tingkatan lima. Soal ‘coverline’ mengenai hakikat sebenar tidak pernah terdetik di hati Izara kerana dia percaya pada rezeki ditentukan Tuhan. Namun, Izara belum bersedia untuk mendedahkan gerangan nama dan kerjaya buah hatinya itu. KepakMerah diberitahu kalau keluar berdua di khalayak, dia tak segan memperkenalkan buah hatinya. Mujur juga setakat ini, Izara mendapat kepercayaan daripada kekasih yang sedang membiasakan diri untuk mengikut corak dan rentak dunia artis yang penuh dengan perkara tidak terduga.
“Cukuplah orang tahu Izara sudah ada teman istimewa dan setia padanya. Selebihnya biarlah ia menjadi privasi Izara. Kami akan berjumpa jika masing-masing tak sibuk dengan komitmen. Kami akan menghabiskan masa bersama-sama untuk menonton wayang atau makan bersama.
“Alhamdulillah, kompromi dan tolak ansur menjadi rahsia hubungan yang terjalin sekian lama. Kalau bergaduh manja itu biasalah. Tetapi kami akan selesaikan dengan elok. Setiap pertelingkahan kecil yang wujud akan diuruskan dengan tidak kelam kabut, secara matang dan senantiasa berfikiran panjang,” katanya yang seboleh-bolehnya mahu mengikut siri jelajah ABPBH 2011 di setiap lokasi tetapi bergantung kepada jadual berlakon. 
Petikan B*Pop, Berita Minggu.

KM: Layan juga tengok Vanilla Coklat lakonan Izara Aishah di TV3 kalau berkesempatan

No comments:

Post a Comment