Monday, 27 February 2012

Johan As'ari lebih beringat selepas ini


KepakMerah dapat tahu pelakon kegilaan ramai sekaran ini, Johan Ariff As'ari sudah mula berhati-hati dalam soal memberikan pos yang terbaik terutamanya membabitkan gandingan dengan pelakon wanita. Sebagai contoh, fotografi pelakon yang mula dikenali dengan watak Botak dalam drama Juvana di TV3 itu dengan teman seperjuangan yang dikaitkan dengannya iaitu Nabila Huda dalam akhbar Metro Ahad beberapa minggu lalu. 

Difahamkan, ada peminat yang mula naik jelak dengan sikap Johan kononnya cakap tak serupa bikin dan lantas seperti memboikotnya. Johan dalam kenyataannya bagaimanapun meminta maaf jika ada peminat yang kurang senang apabila dia bergambar terlalu mesra. Katanya lagi, dia akan lebih berhati-hati selepas ini supaya tidak mengguriskan hati sesiapa dan berjanji tidak akan bergambar terlalu mesra lagi selepas ini. Dalam hal ini Johan sendiri mengakui dia bukan ustaz atau pendakwah, cuma dia pernah mendapat pendidikan agama di sekolah pondok. 

Situasi ini mengingatkan KepakMerah kepada Mawi yang dicop lelaki alim dengan perwatakan yang ditonjolkan sebelum menyertai Akademi Fantasia musim ketiga. Hakikatnya, bukan salah artis ini apabila mereka dipandang tinggi. Cuma janganlah sampai diangkat golongan artis ini seperti Malaikat. Kita sama saja di sisi Tuhan. Dalam perkembangan terbaru, Johan baru saja selesai menjalani penggambaran filem pertama lakonannya, Juvana The Movie yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Malah dia juga bakal beraksi dalam drama Bunga-bunga Syurga bersama Suhan Movies & Trading untuk slot Zehra di TV3.
KM: Suka tengok majlis kahwin Ana Raffali dan suaminya, Naim

No comments:

Post a Comment