Sunday, 19 February 2012
Tarikh kahwin Scha Alyahya & Awal Ashaari terus ditunggu
Mungkinkah pertengahan tahun ini bakal menjadi saksi hari bersejarah mengikat hati Scha Alyahya dan kekasihnya, Awal Ashaari. Setakat ini belum ada tarikh spesifik.
Apapun KepakMerah yakin ramai yang tak sabar menanti majlis perkahwinan kedua pasangan sepadan ini. KepakMerah kurang pasti sama ada stesen Astro bakal mendapat hak ekslusif untuk perkahwinan gemilang pasangan yang bercinta dalam tempoh empat tahun itu.
Mungkin ya dan tak pelik pun kerana seperti Lisa Surihani, Scha juga bergelar Wajah Eksklusif Astro. Selamat dalam apa juga yang dirancang dan direncana Awal dan Scha. Semoga Scha kuat juga kerana ibu tersayang pun sedang berdepan dengan penyakit yang kronik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment