Saturday, 18 February 2012

Artis propa

Kalau ditanya dengan artis ini mengenai hubungannya dengan seorang yang berpengaruh dalam dunia penyiaran tanah air pasti dia menafikan. Berbuih jugalah mulut rakan KepakMerah iaitu Cik Gayah Selendang Kuning cuba mencungkil rahsia daripadanya tetapi jawapannya 'maintain' aje.
   Katanya mereka hanya kawan biasa dan tanyalah sampai nak tercabut anak tekak pun, dia tetap bertegas mereka kawan biasa-biasa aje. Lantak kaulah. Jangan terperangkap dengan kata-kata sendiri, sudahlah.
   Dek kerana selalu sangat menafikan hubungan istimewa mereka, KepakMerah pun dah lupa pasal kisah mereka kerana KepakMerah ada misi baru yang lebih 'hot'.
   Tetapi sejak dua tiga hari perkara itu segar balik dalam minda KepakMerah apabila baru-baru ini Cik Gayah Selendang Kuning terserempak artis itu dengan lelaki berkenaan keluar  makan bersama. Puas hati Cik Gayah Selendang Kuning akhirnya dia dapat saksikan keintiman mereka berdua.
   Juling mata Cik Gayah Selendang Kuning kerana artis itu pakai punyalah seksi. Tak lama selepas itu muncul seseorang yang juga Cik Gayah Selendang Kuning cukup kenal siapa orangnya tetapi biarlah rahsia.
   Dah tahu dah 'trick' mereka, kalau ada yang nampak dia keluar dating dengan lelaki misteri itu, mesti artis itu akan kata, mereka tak pernah keluar berdua tetapi beramai-ramai dengan kawan-kawan lain. Tetapi kawan-kawan yang dimaksudkan itu datang dua jam selepas itu. Apa cerita!
  Oh lupa pulak, jalan di Kuala Lumpur sentiasa sesak, kawan-kawan datang lambat sebab terperangkap dalam jem.

KM: Lisa Surihani dan Ana Raffali dah nak kahwin, nak tunggu Tiz Zaqyah pula naik pelamin. 
  

No comments:

Post a Comment