Kali ini pengacara yang akan memainkan peranan penting bagi menghidupkan suasana riuh dan kecoh tak lain tak bukan.... Kak Engku dan Sharifah Shahira gandingan serasi untuk pecah perut. Ditambah pula Zizan dan Didie Alias... pembaca gambarkanlah sendiri apa yang akan berlaku ddi acara kemuncak nanti. Kalau tak bergegar Arena of Stars dengan hilai tawa penonton tak tahulah. Pastinya pihak penganjur akan memberikan yang terbaik. KepakMerah ucapkan tahniah buat team hiburan Berita Harian.
Kemilau Jubli Perak
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin, Muhammad Fairoz Azizan, Nor Hatina Shuib dan Fatin Farhana Ariffin
bhhibur@bharian.com.my
2012/02/16
ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang bakal mencapai kemuncaknya pada 8 April nanti akan diserikan dengan kemunculan barisan artis popular, baru dan lama sebagai pengacara, penghibur dan penyampai anugerah.
Antara artis yang akan mengadakan persembahan malam berkenaan ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Datuk M Nasir, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah, Mas Idayu, Ramlah Ram, Tam Spider, Aizat, Salma, Black, Shila Amzah, Hafiz, Adira, Watie Elite, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Ezlynn, Jaclyn Victor, One Nation Emcees, Azlan & The Typewriter, Stacy, Alyah dan Man Kidal.
Artis yang akan menyampaikan trofi pula termasuk Rosyam Nor, Nur Fazura, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Wan Maimunah, Datuk DJ Dave, Mustapha Kamal, Adi Putra dan Erra Fazira. Senarai pengacara, penghibur dan penyampai anugerah diumumkan semalam di Holiday Villa Hotel & Suite, Subang, Selangor.
Hadir sama Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid; Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan merangkap Pengerusi Bersama ABPBH2011, Hanizam Abdullah; Pengarang Hiburan Berita Harian yang juga Pengerusi Bersama ABPBH2011, Zainuri Misfar dan Pengurus Jenama LUX, Tanya Teng.
Produk mandian LUX akan menyerlahkan lagi acara anugerah berprestij itu dengan peraduan LUX Gemilang Bersama Bintang (GBB). Pemenang peraduan terbabit bakal melintasi permaidani merah bersama Bintang LUX, Fazura pada malam kemuncak nanti.
Pada majlis sama, Hanizam dan Zainuri turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Pereka Popular ABPBH 2010. Trofi dimenangi pereka, Rizman Ruzaini bagi kategori wanita untuk pakaian yang digayakan Siti, manakala Lord’s Tailor menang kategori artis lelaki menerusi sut dikenakan Bintang Paling Popular ABPBH2010, Shaheizy Sam.
Semua pemenang masing-masing membawa pulang set barang kemas tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM10,000 berserta trofi.
sumber: bhonline
No comments:
Post a Comment