KepakMerah selalu dengar cerita mengenai suami pelakon ini, dia suka 'main mata' dengan perempuan lain. Cerita itu terus diperkatakan dari awal mereka berkahwin sampailah sekarang dan setiap kali perkara itu heboh, puaslah pelakon ini menafikannya.
Selama beberapa tahun cerita itu diceritakan dari mulut ke mulut, KepakMerah dah tak hairan lagi. Kalau isterinya kata suaminya baik, jadi siapalah kita untuk menuduhnya suaminya sering berlaku serong di belakangnya.
Mudah-mudahan, ia fitnah semata-mata kerana KepakMerah pun jadi susah hati tengok ramai sangat artis yang bercerai-berai.
Tetapi petang tadi, berita terbaru yang buat KepakMerah rasa macam susah nak percaya, bila orang tu bagi tahu yang suami pelakon itu baru berkahwin lain. Bukan di negara sendiri tetapi di negara jiran tetangga.
KepakMerah pun tak berani nak 'confirm' lagi mengenai perkara ini.Lagi pun perkara nikah kahwin ni bukan boleh dibuat main-main. Tunggu ye...nanti KepakMerah menjalankan siasatan.
KM: Semakin canggih dunia ini, semakin banyak pula cabarannya.
No comments:
Post a Comment