KepakMerah agak terkilan apabila 'ter'nampak dan 'ter'baca pasal budak remaja perempuan sorang ni amat berbangga bersama botol ARAK. Berdasarkan kata-kata yang ditulis oleh penama 'Natasya Loffa' kononnya mereka 'tidak' membuat maksiat sedangkan gambar yang terpampang dah terang lagi bersuluh menunjukkan dengan jelas sekali bahawa perbuatan mereka memang sah dan nyata 'MAKSIAT'.
Mungkin pada pemahaman fikiran cetek anak muda ini maksud maksiat yang ditafsirkan adalah apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan serta melakukan hubungan 'seks', hhmmmmmmm...... lepas tu siap boleh 'sound' rakan dia yang komen pasal gambar tersebut. Nak betulkan benang yang basah????? siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini??? Ibu Bapa??
Rata-rata mereka yang membaca entry ni pastinya akan merasa meluat dan menyampah dengan sikap remaja ni. Berbangga dengan apa yang dipegangnya.... malah turut menjelaskan bahawa mereka hanya mabuk dan tak melakukan 'maksiat'... hehehheee sedangkan minum ARAK tu apa??? bukan maksiat ka??? Arak kan HARAM, malah siap buat perbandingan bahawa ramai lagi manusia yang lebih teruk daripadanya..... bermakna kalau 'orang lain makan tahi.. kau pun nak makan juga????' (maaf pembaca - sedikit emosi).
KepakMerah hanya mampu berdoa agar Allah membukakan pintu hatinya agar dia sempat bertaubat dan mencari jalan yang lebih mulia untuk meneruskan kehidupan dimasa hadapan...... Jika dia dijodohkan berkahwin, sama-samalah kita berdoa agar dia mendapat seorang suami yang mampu untuk mendidiknya kearah kehidupan yang lebih 'sempurna'
KM : terlalu takut akan azabNya....
No comments:
Post a Comment