Friday, 9 March 2012
Kasihanilah IBU anda.. jangan jadi Si Tanggang
KepakMerah amat sayu/sedih dan marah apabila melihat video seorang ibu yang ditinggalkan bersendirian di sebuah bajet hotel di ibu kota. Bayangkanlah seorang ibu yang sedang uzur hidup berseorangan. Dimanakah anak tunggalnya?? Niat murni seorang anak untuk menjaga si Ibu adalah satu perkara yang baik, tetapi setelah berhari - hari ditinggalkan sendirian tanpa makan minum, ianya satu perbuatan yang melampau. Apakah perancangan si anak membawa ibunya tinggal di bandar?? yang pastinya bilik hotel tersebut terlalu asing bagi si Ibu. Jika dirumahnya sendiri di kampung pastinya situasi yang berlainan, mungkin ada saudara mara atau jiran tetangga boleh menjenguknya. Tetapi di Hotel tersebut siapa yang nak menjaga si Ibu. Beruntunglah kerana pemilik serta pekerja hotel terbabit prihatin akan nasib yang menimpa si Ibu, sampai bila???? Harga bilik RM60 sehari. Dah beberapa hari si anaknya menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Wahai anak yang budiman, setelah harian metro memaparkan kisah ini di muka hadapan yang pastinya dibaca oleh jutaan manusia diharap anda kembalilah ke pangkuan Ibunda tercinta. Kasihanilah, jagalah Ibu mu sebaik mungkin sementara hayatnya masih ada. Ibu mu terlalu uzur, tenaganya tidak segagah dulu.
Wahai anak yang budiman, dampingilah Ibu mu. Engkaulah satu - satunya zuriat yang dilahirkan olehnya. Ibu mu amat menyayangi mu.
Jika kembali kepangkuan Ibu mu, jangan lupa untuk memohon ampun dan maaf sebanyak mungkin. Hati Ibu mu telah terguris.
KM: Terima kasih harian metro atas keprihatinan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment