SEBAK juga KepakMerah membaca cerita mengenai kesusahan dan pergelutan Didie Alias, 39, dalam dunia seni dalam B*Pop, Berita Minggu baru-baru ini. Tapi Alhamdulillah akhirnya Didie berjaya mengatasi segala-galanya dan kini boleh hidup senang. Lebih membanggakan selepas diberi peluang mengacarakan Anugerah Planet Muzik 2011, Didie dapat peluang mengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 pula di sisi Zizan, Sharifah Shahira dan Raja Azura 8 April ini.
KepakMerah baru dapat tahu rupa-rupanya Didie ada enam orang anak tetapi anak ketiganya hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, Redzuan Hashim iaitu Muhammad Rizal Abdullah meninggal dunia kerana lahir tak cukup bulan. Lima anaknya yang lain pun dah besar panjang. Mereka ialah Ziz Nur Dhaniyah (19), Muhammad Dhanial (18), Nurdinie (16), Nur Dayini Ahza (14) dan Nur Diyana (13). Disember lalu, Nurdinie pun membahagiakan Didie selepas berjaya memperoleh pencapaian cemerlang 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Daripada sisi peribadi, Didie pun sudah berkahwin lain sejak 2009 lalu dengan suami, bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail, 35. Malahan, Norisham antara individu yang sering menemani Didie dalam setiap majlis atau acara hiburan. Loving couple sangat mereka. Apapun, KepakMerah doakan Didie terus sukses lagi pada masa mendatang.
KM: Nak pergi tengok Cuci The Musical Last Kopek minggu depan di Panggung Sari, Istana Budaya. Siapa yang nak tengok boleh layari www.ticket2u.biz untuk beli tiket.
No comments:
Post a Comment