Monday 23 April 2012

Zahida Rafik perjelas ISU panas




KepakMerah amat tertarik dengan ISU Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Menteri, ini kerana isu yang dibangkitkan melibatkan seorang pemimpin politik yang berpangkat MENTERI. Natijahnya amat besar. Walaupun kita tahu Zahida Rafik bukanlah satu nama besar dalam industri, tapi rata - rata mereka yang mengikuti perkembangan dunia hiburan tahu kewujudan gadis yang bernama 'Zahida Rafik'.

Justeru itu, Zahida tampil dengan pengakuan melalui sepucuk surat terbuka. Bacalah......


Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.
 

Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.
 

Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.
 

Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.
 

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.
Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

Sekian, terima kasih.
 
 
Wassalam.
 

Zahida Rafik
20hb April 2012

Mudah - mudahan dengan surat yang disiarkan ini dapat memperbetulkan keadaan sebenar. KepakMerah hanya memerhati sahaja dan sentiasa terbuka untuk melihat kebenaran. Hal sebegini menjadi sukar kerana ia melibatkan politik. Faham - faham sajalah, lagi pun dah nak mengundi... hehehheeee...... KepakMerah tak kata hal ini betul atau salah... Yang lebih mengetahui adalah tuan punya badan yang terlibat. Bahkan MP Ampang pun dapat maklumat daripada pihak ex pemandu Zahida (mungkin bengang sebab dituduh larikan duit).... isshhkkk macam - macam cerita.

KM: mencari kehidupan yang lebih sempurna.

No comments:

Post a Comment