Thursday 26 April 2012

Zahida belum kahwin dengan Menteri

Zahida Rafik akhirnya bersuara mengenai tuduhan yang dibuat keatasnya tentang hubungan dengan Menteri. Beliau mengambil masa untuk bertemu wartawan kerana 'takut' tersalah bagi kenyataan, sebaliknya beliau mendapatkan nasihat daripada peguamnya terlebih dahulu.

Kontroversi yang melanda Zahida bermula apabila dia kehilangan wang sebanyak RM200,000 didakwa dilarikan oleh bekas pemandunya. Bekas pemandu Zahida telah membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilemparkan dan disinilah timbulnya isu skandal yang didakwa Zahida mempunyai hubungan sulit dengan Menteri.

Menurut Zahida, peguamnya sedang meneliti dan menyiasat isu ini untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Kalau boleh Zahida ingin menamatkan secepat mungkin kontroversi yang ada.

Saya bukan isteri menteri – Zahida




KUALA LUMPUR – Pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) menegaskan sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.
Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu, Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.
“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.
“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam.
Zahida sendiri hairan apabila namanya telah dikaitkan dengan kontroversi tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia turut bermotifkan politik.
kredit: kosmo
Jika anda ingin membaca lebih lanjut, sila dapatkan Kosmo yer.

KM: setiap masalah ada jalan penyelesaiannya....


No comments:

Post a Comment