Thursday, 15 March 2012

Tahniah Irma Hasmie bakal bertunang

 



Alhamdulillah, dalam rasa terkejut KepakMerah tetap rasa gembira apabila terbaca artikel di dalam sisipan Berita Harian, Hip mengenai cerita Irma Hasmie akan melangsungkan majlis pertunangan pada 24 Mac ini.

Gerangan lelaki bertuah yang sedang bertakhta di hati Irma juga masih lagi rahsia. Irma pun nekad untuk tidak membuka mulut sehinggalah majlis berkenaan berlangsung. KepakMerah doakan kebahagiaan Irma dan bakal tunangnya. Nabil yang pernah bertakhta di hatinya sebelum ini pun sudah bahagia dan harap giliran Irma pula selepas ini. Amin.

KM: Betulkah tarikh kahwin Scha dan Awal pada Mei ini?

Friday, 9 March 2012

Kasihanilah IBU anda.. jangan jadi Si Tanggang



KepakMerah amat sayu/sedih dan marah apabila melihat video seorang ibu yang ditinggalkan bersendirian di sebuah bajet hotel di ibu kota. Bayangkanlah seorang ibu yang sedang uzur hidup berseorangan. Dimanakah anak tunggalnya?? Niat murni seorang anak untuk menjaga si Ibu adalah satu perkara yang baik, tetapi setelah berhari - hari ditinggalkan sendirian tanpa makan minum, ianya satu perbuatan yang melampau. Apakah perancangan si anak membawa ibunya tinggal di bandar?? yang pastinya bilik hotel tersebut terlalu asing bagi si Ibu. Jika dirumahnya sendiri di kampung pastinya situasi yang berlainan, mungkin ada saudara mara atau jiran tetangga boleh menjenguknya. Tetapi di Hotel tersebut siapa yang nak menjaga si Ibu. Beruntunglah kerana pemilik serta pekerja hotel terbabit prihatin akan nasib yang menimpa si Ibu, sampai bila???? Harga bilik RM60 sehari. Dah beberapa hari si anaknya menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Buang ibu di hotel bajet

KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya.

Wahai anak yang budiman, setelah harian metro memaparkan kisah ini di muka hadapan yang pastinya dibaca oleh jutaan manusia diharap anda kembalilah ke pangkuan Ibunda tercinta. Kasihanilah, jagalah Ibu mu sebaik mungkin sementara hayatnya masih ada. Ibu mu terlalu uzur, tenaganya tidak segagah dulu.

Wahai  anak yang budiman, dampingilah Ibu mu. Engkaulah satu - satunya zuriat yang dilahirkan olehnya. Ibu mu amat menyayangi mu.

Jika kembali kepangkuan Ibu mu, jangan lupa untuk memohon ampun dan maaf sebanyak mungkin. Hati Ibu mu telah terguris.

KM: Terima kasih harian metro atas keprihatinan.


OSAMA dibakar?



Salam Jumaat daripada KepakMerah kepada pembaca. Ramai yang mengenali Osama Bin Laden, Namanya menjadi popular diseluruh dunia pasca runtuhnya menara WTC akibat dilanggar kapal terbang. Pihak keselamatan Amerika Syarikat terus memburu Osama (Al Qaeda) yang dituduh dalang kepada kejadian tersebut. Akhirnya pada tarikh 2 Mei lalu, berita menggemparkan seluruh pelusuk dunia dengan pengumuman tentang kematian Osama Bin Laden yang ditembak mati oleh askar - askar US.

Kematian yang mengejutkan banyak pihak, ramai yang tidak mempercayainya. Ada yang mengatakan berita kematian Osama hanyalah rekaan Amerika semata-mata. Namun sehingga hari ini, kuburnya entah dimana. Kenyataan daripada Washington mengatakan mayat pemimpin Al Qaeda telah dicampak kelaut. Benarkah????

Dunia hari ini kecoh pula apabila terbongkarnya rahsia tentang jasad Osama yang dibakar, adakah ianya benar?? hhhmm.... benarkah Osama yang bersalah???

baca entry berikut;

http://notakosong.com/wp-content/uploads/2011/05/osama-bin-laden-dead-picture-fake.jpg





WASHINGTON: Nasib sebenar mayat Osama bin Laden menjadi tanda tanya selepas beberapa e-mel perisikan yang bocor mendakwa, ia sebenarnya dihantar ke Amerika Syarikat untuk dibakar.


Menurut e-mel berkenaan, mayat pemimpin al-Qaeda yang maut ditembak di Abbottabad, Pakistan, Mei tahun lalu tidak dibuang ke laut seperti laporan kebanyakan media.
E-mel berkenaan didakwa diperoleh kumpulan penggodam Anonymous daripada firma analisis perisikan Stratfor yang turut digelar CIA Bayangan.

Minggu lalu, Anonymous mengumumkan mereka memperoleh akses kepada 2.7 juta surat-menyurat sulit Stratfor dan bersedia mendedahkannya.

Selepas dibunuh pada 2 Mei tahun lalu, pentadbiran Barack Obama mendakwa, mayat Osama disemadikan di laut dari kapal USS Carl Vinson.

SUMBER: MM

KM: Sentiasa mencari kebenaran....

TV3 TAMPIL LEBIH ANGGUN & MENAWAN PAPARAN PROGRAM MENARIK SEPANJANG TAHUN 2012

Kota Damansara, 8 Mac 2012 – Khusus buat penonton wanita, TV3 menerusi jenamanya Wanita Inspirasiku mempersembahkan program-program infomatif dan menghiburkan yang merangkumi paparan isu semasa, gaya hidup, fesyen, keibubapaan, kerjaya, kecantikan dan kesihatan. Bukan sekadar berkongsi maklumat dan hiburan, Wanita Inspirasiku juga bertujuan menjadi sumber inspirasi kepada penonton wanita untuk mengecapi kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup.

Muncul dengan wajah baru yang lebih relevan dan segar pada tahun 2012, Wanita Inspirasiku meneruskan formula dan resipi kejayaan dengan menyuntik elemen-elemen baru kepada program-program yang diminati ramai seperti Wanita Hari Ini, Nona, 5 Rencah 5 Rasa, Mahligai Cinta serta drama bersiri berkisar pengorbanan cinta dan kekeluargaan menerusi slot Akasia, Azalea, Telenovela, Senda Pagi dan Sinetron.

Bertempat di Fullhouse Lifestyle Store & Cafe, Sunway Giza, majlis pelancaran wajah baru Wanita Inspirasiku yang disiarkan secara langsung menerusi program bual bicara popular, Wanita Hari Ini bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia membuka peragaan fesyen Jovian Mandagie. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Fara Fauzana, Neelofa, Fasha Sandha, Tiz Zaqyah, Fahrin Ahmad, Fizo Omar, Almy Nadia, Mia Sara Nasuha, Nabil, Leez, Azzarima, Wan Sharmila dan ramai lagi. Menurut Pengurus bagi Kumpulan Pengurusan Jenama Wanita TV3, Puan Hadzelynda Khairuddin, “Tidak dinafikan bahawa slot drama bersiri seperti Akasia, Azalea, Telenovela dan Sinetron merupakan antara program TV yang paling diminati oleh penonton kami dengan terbuktinya kejayaan Nora Elena dan Tentang Dhia pada tahun lepas. Namun, kami juga tidak melupakan program gaya hidup dan bual bicara yang bertujuan berkongsi maklumat seperti Wanita Hari Ini, Nona, 5 Rencah 5 Rasa dan Mahligai Cinta. Justeru, sambutan hebat yang diterima daripada jutaan penonton telah menyuntik semangat kepada pihak TV3 untuk terus memperbaiki dan ‘make over’ program-program yang ditayangkan supaya sentiasa tampil dengan isi kandungan yang relevan dengan citarasa dan keperluan wanita pada masa kini.” Antara paparan program-program menarik ialah drama bersiri yang penuh emosi lakonan mantap Almy Nadia dan Fizo Omar (Cinta Buat Emelda), Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad (Seindah Sakura), Tiz Zaqyah dan Aqasha (Dejavu Di Kinabalu), Eira Syazira dan Normah Damanhuri (Bonda) di slot Akasia dan Azalea; siri drama popular luar negara di slot Telenovela dan Sinetron seperti Endless Love (Filipina) dan Dia Jantung Hatiku (Indonesia); drama komedi seperti Naik Lif Turun Tangga dan Mak Lang Datang Kompang Bergendang di slot Senda Pagi serta kisah cinta romantis dari Thailand iaitu Rebound To Love pada waktu pagi.

Berikut ialah paparan program-program menarik yang disajikan oleh Wanita Inspirasiku pada bulan Mac dan April: AKASIA: Cinta Buat Emelda, Mulai 26 Mac 2012, Isnin – Khamis, 7.00malam (24 episod) Adaptasi daripada sebuah novel yang laris ‘Kasih Antara Kita’ mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emilia mempunyai personaliti yang berbeza. Emelda seorang ulat buku manakala Emilia seorang yang ceria dan gemar bersosial. Emilia terlanjur dengan teman lelakinya, Ariel Fatah dan dia telah mengandung. Malangnya, Emilia meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aeril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Ariel Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emilia. Pelakon: Almy Nadia, Fizo Omar, Erry Putra, Mia Sara Nasuha.

AZALEA: Bonda, Mulai 5 April 2012, Isnin – Khamis, 4.00petang (20episod) Kasih ibu tanpa sempadan. Rohani ialah seorang janda dan telah memberikan kasih sayang penuh kepada anak-anaknya, Sasha dan Kashah. Demi kebahagiaan anak-anaknya, Rohani akan berusaha untuk memenuhi permintaan mereka. Namun, kasih sayang dan pengorbanan Rohani dibalas dengan penderhakaan apabila Sasha berasa malu dengan latar belakang keluarganya. Pelakon: Eira Syazira, Normah Damanhuri, Rahim Jailani.

TELENOVELA: Endless Love, Mulai 9 April 2012, Isnin – Khamis, 3.00petang (38 episod) Drama bersiri Korea yang popular, Autumn In My Heart dalam versi Filipina lakonan Marina Riviera dan Ding Gong Dantes. Johnny dan Jenny membesar sebagai abang dan adik. Selepas Jenny mengetahui bahawa dirinya bertukar dengan adik kandung Johnny sewaktu dilahirkan, mereka dipisahkan. Keluarga Johnny telah berhijrah ke luar negara dan pulang ke negara selepas sedekad. Johnny dan Jenny bertemu kembali tetapi Johnny sudah bertunang manakala Jenny juga dicintai oleh Andrew. Namun, masalah mula timbul apabila Johnny dan Jenny tidak dapat membendung perasaan rindu dan kasih sayang antara mereka. Hubungan akrab antara Jenny dan Johnny kini bertukar menjadi cinta. Pelakon: Marian Riviera, Ding Dong Dantes. Rebound To Love, Mulai 20 March 2012, Isnin – Khamis, 9.30pagi (43 episod) 10 tahun yang lepas, Kamboom ialah seorang budak perempuan yang pintar manakala Nai seorang budak nakal yang selalu menimbulkan masalah dalam kelas. Kini, Nai telah menjadi pekerja bawahan Kamboom. Bagaimanakah dua orang yang berlainan personaliti boleh bekerjasama dan akhirnya bercinta? Pelakon: Nawat Kulrattanarak , Ornjira Laemwilai.

SENDA PAGI: Naik Lif Turun Tangga, Mulai 26 Mac 2012, Setiap Isnin, 10.30pagi (13 episod) Sejak bercerai, Munirah telah membesarkan kedua-dua anaknya tanpa mengharapkan bantuan daripada bekas suaminya, Amran. Kehidupannya yang tenang kembali menjadi kecoh selepas Amran berkahwin semula dengan Noridah, seorang pegawai perhubungan awam (GRO) yang cantik. Bagaimanakah Munirah berdepan dengan gelagat Amran dan Noridah? Pelakon: Noorkhiriah, Azlee Jaafar, Azzarima, Ezany, Wan Sharmila, Eka Farhana.

SINETRON: Dia Jantung Hatiku, Jun 2012, Setiap Isnin – Khamis, 2.00petang Aida tetap tabah menjalani kehidupannya walaupun menderita dengan sakit jantung. Datuknya yang sakit tenat mahu melihat Aida bertunang dengan cucu kenalannya, Riza. Penolakan Aida mengecewakan datuknya dan akhirnya meninggal dunia degan kesal. Aida rasa bersalah dan menuruti pesanan datuknya untuk bertunang dengan Riza. Aida disangka perampas kekasih sebab Riza sudah mempunyai teman wanita, Indira yang juga merupakan sahabat penanya. Aida menjadi bingung. Pada masa yang sama, Aida didekati dengan jirannya, Aksan yang baik hati dan prihatin. Bagaimanakah kisah selanjutnya? Pelakon: Naysilla Mirdad, Christian Sugiono, Kimberly Rider, Rionaldo Stokhorst, Desy Ratnasary, Mathias Muchus, Drg. Fadly, Rima Melati.

Wanita Hari Ini, Isnin – Jumaat, 12.00tengahari Sebuah program khusus untuk kaum wanita dan seisi keluarga. Program bual bicara memfokuskan isu kewanitaan, kanak-kanak dan keluarga keseluruhannya dengan menyediakan pelbagai topik menarik, antaranya isu hari ini, fesyen terkini, soal kesihatan, personaliti berjaya, dekorasi rumah dan kisah rumahtangga yang mendapat perhatian ramai. Hos: Azizah Ariffin, Fiza Sabjahan, Teh Syuhaida, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim.

Nona, Setiap Ahad, 2.00petang Sebuah program majalah wanita yang memaparkan isu-isu semasa, keluarga dan gaya hidup wanita hari ini. Terdapat 5 segmen tetap setiap minggu iaitu Realiti, Glam Buzz, Sekilas: Kaki Shopping & Terapi, Rasa, Suasana dan 3 segmen yang berubah mengikut turutan setiap minggu termasuklah Minat Sangat / Tambah Dana, Sepetang Bersama / Di Sebalik Nama dan Makan Angin / Kembara Benua. Hos: Fara Fauzana dan Neelofa.

5 Rencah 5 Rasa (musim 4), mulai 2 April 2012, Setiap Isnin, 11.30pagi (13 episod) Pelajari aneka resepi dan tip masakan yang cukup menyelerakan bersama chef selebriti, Shersen di musim terbaru ini. Saksikan cara-cara Shersen melapah kambing, memasak belut serta memasak di luar lokasi yang menarik seperti Gold Coast Sepang dan kapal cruise Putrajaya.

Women Travel Show, Oktober 2012, Setiap Khamis, 11.30pagi Terokai dunia dengan santai. Kembara mengenali pelbagai lokasi menarik untuk percutian, riadah, santapan, beli belah dan banyak lagi.

Sejak penubuhannya pada tahun 1984, Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TV3, stesen swasta siaran terestrial nombor satu di Malaysia telah berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai stesen televisyen peneraju utama di negara ini. TV3 memantapkan kedudukannya dengan pelaburan berterusan dalam menyediakan program berkualiti bagi tiga segmen penonton utama – Pasaran Massa, Wanita, Kanak-kanak dan Remaja dan juga dengan memperkenalkan konsep-konsep baru yang relevan kepada penonton dan situasi semasa.

Fahrin Ahmad & Fasha Sandha Dalam Akasia Seindah Sakura.jpg
Fahrin Ahmad & Fasha Sandha Dalam Akasia Seindah Sakura



Tiz Zaqyah, Nazim Othman & Aisyah dalam Akasia Dejavu Di Kinabalu.jpg
Tiz Zaqyah, Nazim Othman & Aisyah dalam Akasia Dejavu Di Kinabalu


Gelagat lucu Nabil & Leez dalam Senda Pagi Mak Lang Datang Kompang Bergendang.jpg
Gelagat lucu Nabil & Leez dalam Senda Pagi Mak Lang Datang Kompang Bergendang


Pengacara Nona Fara Fauzana & Neelofa.jpg
Pengacara Nona Fara Fauzana & Neelofa


Sketsa Drama Senda Pagi Naik Lif Turun Tangga.jpg
Sketsa Drama Senda Pagi Naik Lif Turun Tangga


Gandingan Fizo Omar, Almy Nadia & Mia Sara dalam Akasia Cinta Buat Emelda.jpg
Gandingan Fizo Omar, Almy Nadia & Mia Sara dalam Akasia Cinta Buat Emelda


Azzarima, Leez. Fasha Sandha, Aisyah, Wan Sharmila, Tiz Zaqyah (2).jpg
Azzarima, Leez. Fasha Sandha, Aisyah, Wan Sharmila, Tiz Zaqyah 


Group Photo (2).jpg
Group Photo

KM: Mencari agenda untuk diri sendiri....







Benarkah April bulan bahagia Fasha dan Jejai?

 






AKHIRNYA Fasha Sandha bersuara menerangkan mengenai hari bahagianya seperti yang KepakMerah baca dalam portal hiburan popular, MStar Online. Bagaimanapun Fasha masih merahsiakan tarikh sebenar. Sebelum ini sisipan Berita Harian, Hip ada melaporkan menurut sumber yang boleh dipercayai, Fasha dan bakal suaminya, Jejai akan melangsungkan perkahwinan di Bali, Indonesia, pada 29 April ini. Sebelum itu pun sudah kecoh mengenai pelbagai cerita terbaru mengenai persiapan perkahwinan mereka termasuk gambar  menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet. 

Cerita Fasha dan Jejai ke butik Rizman Ruzaini di alamat No 85-2, Jalan Dwi Tasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, KL juga pernah disiarkan oleh KepakMerah sebelum ini. Bererti Fasha akan sibuk membuat dua persiapan baju. Satu untuk majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan satu lagi untuk hari bahagianya. 

Selain Rizman Ruzaini, jurusolek popular, Tiar Zainal juga dikatakan akan menata rias wajah jelita Fasha kelak. Berbalik kepada perancangan hari bahagia Fasha tadi seperti yang tertulis dalam Mstar Online, pelakon jelita itu akan bernikah di rumah barunya yang dibelikan Jejai di Ampang sekali gus diadakan majlis resepsi pertama. Dua lagi majlis akan diadakan diadakan di Perlis dan satu lagi di sebuah destinasi lain. Barangkali destinasi lain yang dimaksudkan Fasha itu merujuk kepada Bali kot. Katanya lagi, tiada sebarang sidang akhbar juga tidak akan diadakan untuk menghebahkan mengenai perkahwinan mereka demi menghormati permintaan Jejai. Selamat berbahagia buat Fasha dan Jejai.
 

KM: Nora Danish bila pula nak kahwin?

HOT : Comel KilaFairy masa kecil


IMG_0008.jpg

IMG_00091.jpg


IMG_0002.jpg

IMG_0003.jpg

IMG_0007.jpg

IMG_00101.jpg


KepakMerah nak kongsi gambar anak penyanyi lama, Rohana Jalil iaitu Kilafairy. Comel  sebenarnya Kilafairy masa kecil. Juihan bibirnya memang sudah sejak azali lagi. Muncung yang ala Angelina Jolie tu sebenarnya sudah diwarisinya sejak kecil. Tak baik tau tuduh Kilafairy suntik botok atau itu dan ini....

KM: sentiasa bersyukur dengan kecantikan yang diberi...