Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

Friday, 30 March 2012

Liyana Jasmay kini tunangan orang.








Liyana Jasmay mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka yang merupakan jiran terdekat beliau. Liyana Jasmay kini sah menjadi tunangan kepada, Fathuddin Mazlan, 28 tahun, majlis tersebut berlangsung di kediamannya di Kemensah Height.

Simboliknya, hari pertunangan tersebut jatuh pada tarikh hari kelahiran Liyana yang ke 24 dan mereka mengumumkan majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada 24 Januari 2013.

Sebagai tanda ikatan, ibu Fathuddin menyarungkan sebentuk cincin tanda termetrinya ikatan pertunangan. Kini Liyana sudah berpunya.

KM: semoga pasangan yang bertunang tabah menghadapi ujian 'darah manis'.....

Thursday, 15 March 2012

Tahniah Irma Hasmie bakal bertunang

 



Alhamdulillah, dalam rasa terkejut KepakMerah tetap rasa gembira apabila terbaca artikel di dalam sisipan Berita Harian, Hip mengenai cerita Irma Hasmie akan melangsungkan majlis pertunangan pada 24 Mac ini.

Gerangan lelaki bertuah yang sedang bertakhta di hati Irma juga masih lagi rahsia. Irma pun nekad untuk tidak membuka mulut sehinggalah majlis berkenaan berlangsung. KepakMerah doakan kebahagiaan Irma dan bakal tunangnya. Nabil yang pernah bertakhta di hatinya sebelum ini pun sudah bahagia dan harap giliran Irma pula selepas ini. Amin.

KM: Betulkah tarikh kahwin Scha dan Awal pada Mei ini?