Thursday, 26 April 2012

Kes Zahida Rafik - dah mula hantar notis saman

KepakMerah dah agak, kes seperti ini pasti akan melibatkan saman menyaman demi mempertahankan reputasi masing-masing. Zahida Rafik melalui peguamnya Datuk Seri Shafee Abdullah, telah menyerahkan notis saman kepada Zuraida Kamaruddin, MP Ampang. Zuraida yang mendedahkan isu ini semasa beliau ditemubual di lobi parlimen.

baca selanjutnya....


Ahli Parlimen Ampang Sudah Terima Surat Saman Zahida
PETALING JAYA: Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, yang dituduh menerima wang sebanyak RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menghantar surat saman kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Surat yang dihantar melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April 2012 itu antara lain menuntut Zuraida yang juga Ketua Wanita Keadilan berhenti membuat kenyataan media, menarik balik kenyataan terdahulu serta memohon maaf dalam masa tujuh hari.
“Kita tak sebodoh untuk keluarkan kenyataan tanpa bukti dan biar orang saman kita. Kita tunggu dalam masa terdekat.
“Kita akan bawa hal ini ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Di sana akan menyaksikan lebih banyak rahsia terbongkar,” katanya mengesahkan penerimaan surat saman itu seperti dilaporkan portal katanya seperti dilaporkan portal Laman KL-Today
Laporan itu juga menyebut Zuraida tidak gentar dengan saman berkenaan kerana pihaknya mempunyai bukti bagi setiap tuduhan yang dibangkitkan.
Zuraida Kamaruddin
Zuraida sebelum ini mendedahkan kepada pihak media di lobi Parlimen dengan mendakwa seorang pemandu pelakon tersebut iaitu Noor Azman Azemi membuat laporan polis bertarikh 13 Mac 2012 mengatakan Zahida telah menerima wang berjumlah RM1.5 juta daripada Mohd Shafie.
Sementara itu kebanyakan akhbar pada Khamis melaporkan Zahida menafikan telah berkahwin dengan Mohd Shafie dan menganggap tuduhan itu adalah fitnah semata-mata.
Dia juga menegaskan bahawa sehingga kini dirinya masih solo dan tidak berkahwin dengan mana-mana lelaki termasuklah dengan menteri berkenaan.
“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.
“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya seperti laporan Kosmo! pada Khamis.
Pelakon itu ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria dekat sini Rabu dan ia adalah penampilan pertamanya sejak isu panas itu diperkatakan sepanjang minggu lalu.
Zahida menambah apa yang menyebabkan dia mengambil masa yang lama untuk menjelaskan isu kontroversi tersebut kerana perlu mendapat nasihat peguam.
sumber: mstaronline
KM: zahida...zuraida.. shafie.... shafee .... hampir sama tapi tak serupa.

Zahida belum kahwin dengan Menteri

Zahida Rafik akhirnya bersuara mengenai tuduhan yang dibuat keatasnya tentang hubungan dengan Menteri. Beliau mengambil masa untuk bertemu wartawan kerana 'takut' tersalah bagi kenyataan, sebaliknya beliau mendapatkan nasihat daripada peguamnya terlebih dahulu.

Kontroversi yang melanda Zahida bermula apabila dia kehilangan wang sebanyak RM200,000 didakwa dilarikan oleh bekas pemandunya. Bekas pemandu Zahida telah membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilemparkan dan disinilah timbulnya isu skandal yang didakwa Zahida mempunyai hubungan sulit dengan Menteri.

Menurut Zahida, peguamnya sedang meneliti dan menyiasat isu ini untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Kalau boleh Zahida ingin menamatkan secepat mungkin kontroversi yang ada.

Saya bukan isteri menteri – Zahida




KUALA LUMPUR – Pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) menegaskan sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.
Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu, Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.
“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.
“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam.
Zahida sendiri hairan apabila namanya telah dikaitkan dengan kontroversi tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia turut bermotifkan politik.
kredit: kosmo
Jika anda ingin membaca lebih lanjut, sila dapatkan Kosmo yer.

KM: setiap masalah ada jalan penyelesaiannya....


Tuesday, 24 April 2012

Shafie Apdal - Jawab tohmahan hubungan dengan Zahida


picture: rindok

KepakMerah nak kongsi siaran akhbar yang didakwa dikeluarkan oleh Dato Seri Hj. Shafie Bin Hj. Apdal.
Kandungannya menafikan beliau terlibat didalam skandal dengan artis yang melibatkan jutaan ringgit. Beliau juga mendakwa laporan polis yang dibuat oleh bekas pemandu Zahida Rafik adalah tidak benar dan mempunyai unsur jahat serta bermotifkan POLITIK.


picture : ohartis

Kesahihan tentang skandal yang mendapat perhatian dunia hiburan dan juga dunia politik masih belum dapat dipastikan. Pihak yang terlibat masing-masing menafikan penglibatan mereka. Isu ini pula dibangkitkan oleh pihak pembangkang iaitu musuh politik.

Walau apa pun, laporan polis yang dibuat oleh bekas pemandu Zahida Rafik tidak akan dipandang remeh. Polis pasti akan menyiasat kes ini untuk mencari kebenaran. Tambahan pula kes yang melibatkan pemimpin kerajaan.

Siaran akhbar yang didakwa dikeluarkan oleh Menteri yang terlibat.... bacalah....

shafie apdal

KM: yang benar tetap benar, yang salah tetap salah....

Monday, 23 April 2012

Zahida Rafik perjelas ISU panas




KepakMerah amat tertarik dengan ISU Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Menteri, ini kerana isu yang dibangkitkan melibatkan seorang pemimpin politik yang berpangkat MENTERI. Natijahnya amat besar. Walaupun kita tahu Zahida Rafik bukanlah satu nama besar dalam industri, tapi rata - rata mereka yang mengikuti perkembangan dunia hiburan tahu kewujudan gadis yang bernama 'Zahida Rafik'.

Justeru itu, Zahida tampil dengan pengakuan melalui sepucuk surat terbuka. Bacalah......


Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.
 

Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.
 

Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.
 

Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.
 

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.
Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

Sekian, terima kasih.
 
 
Wassalam.
 

Zahida Rafik
20hb April 2012

Mudah - mudahan dengan surat yang disiarkan ini dapat memperbetulkan keadaan sebenar. KepakMerah hanya memerhati sahaja dan sentiasa terbuka untuk melihat kebenaran. Hal sebegini menjadi sukar kerana ia melibatkan politik. Faham - faham sajalah, lagi pun dah nak mengundi... hehehheeee...... KepakMerah tak kata hal ini betul atau salah... Yang lebih mengetahui adalah tuan punya badan yang terlibat. Bahkan MP Ampang pun dapat maklumat daripada pihak ex pemandu Zahida (mungkin bengang sebab dituduh larikan duit).... isshhkkk macam - macam cerita.

KM: mencari kehidupan yang lebih sempurna.

Thursday, 19 April 2012

Prihatin : BOB kuman

Sumber dipetik daripada blog Mazidul


Media cetak dan elektronik datang.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang datang.


Baca di sini.

Wakil UMNO datang.


Wakil SENIMAN datang.


Kakitangan Lembaga Zakat Selangor juga datang.


Baca di sini.

Tujuan mereka sama, untuk membantu Bob Kuman sedang ditimpa musibah.

BELUM DATANG  ...


... dan 


HEBAHKAN


Metrowealth tampil perjelas isu BOB

KepakMerah sempat menjenguk BeautifulNara apabila terbaca tentang isu BOB. Metrowealth tampil membetulkan dan menceritakan hal yang sebenar disebalik isu tersebut.

Bagi KM, soal kebajikan atau pertolongan ikhlas tiada 'had' atau batasan. Ianya bergantung kepada kemampuan seseorang.... Jika pihak Metrowealth nak bantu BOB sampai sembuh atau sebaliknya, itu adalah hak mereka.

Begitu juga dengan BOB, sebagai anak seni BOB akan berikan yang terbaik untuk tatapan atau tontonan masyarakat... Jika pengarah nak jadikan BOB sebagai Hantu dalam sesebuah filem, BOB pasti akan jadi hantu. Jika watak BOB jadi 'tarzan' maka TARZAN lah yang BOB akan berlakon.... daripada situ BOB akan mendapat bayaran.... banyak atau sedikit bergantung kepada bajet yang ditetapkan.

Apa yang KM rasakan, BOB akan berlakon dan membuat persembahan selagi ada permintaan.... tiada 'had' / 'no limit' selagi mampu. Tapi sekarang BOB sedang menanggung kesakitan yang membuatkan beliau tidak mampu untuk bergerak bebas. BOB tak mampu untuk beraksi dipentas apatah lagi dilokasi filem.

Mungkin dengan bantuan yang diterima dapat menampung segala 'kos' terutamanya PERUBATAN.

cerita lanjut dan jawapan daripada pihak Metrowealth.....


Merujuk perkara di atas, syarikat produksi Metrowealth ingin menjelaskan secara terperinci berhubung dakwaan Bob Kuman bahawa pihak kami tidak mengambil inisiatif terhadap tahap kesihatan yang dialami. Untuk makluman semua, pihak kami mempunyai bukti yang mana kami telah memberi sumbangan terhadap beliau pada Julai 2010. Peristiwa ini turut disaksikan oleh wartawan Melodi TV3, Michelle Wee dan juga Nas Ahmad dari Galaksi TV9. Sumbangan ini dibuat semasa lawatan penerbit drama bersiri Jangan Pandang Belakang Congkak iaitu Mejar (K) David Teo di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.
bob kuman
Ketika lawatan dibuat, pihak kami juga telah memberi cek sumbangan kepada beliau untuk meringankan beban yang ditanggung untuk menyelesaikan kos rawatan. Sumbangan tersebut juga, telah diserahkan sendiri oleh penerbit kepada Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Bin Mohd Rawi. Dengan penjelasan ini, pihak kami berharap segala persoalan telah terjawab.
Sihat sakit dari tuhan,
Kita hanya berserah saja,
Supaya selamat pada Bob Kuman,
Marilah sama-sama kita doakannya.
bob kumanDiharap semua pihak lega dengan penjelasan ini. Sama-sama kita doakan agar keadaan kesihatan Bob Kuman bertambah baik.
TQ abang beautifulnara
KM: jom buat amal jariah..... (dijanjikan PAHALA olehNYA)