Monday, 23 April 2012

Zahida Rafik perjelas ISU panas




KepakMerah amat tertarik dengan ISU Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Menteri, ini kerana isu yang dibangkitkan melibatkan seorang pemimpin politik yang berpangkat MENTERI. Natijahnya amat besar. Walaupun kita tahu Zahida Rafik bukanlah satu nama besar dalam industri, tapi rata - rata mereka yang mengikuti perkembangan dunia hiburan tahu kewujudan gadis yang bernama 'Zahida Rafik'.

Justeru itu, Zahida tampil dengan pengakuan melalui sepucuk surat terbuka. Bacalah......


Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.
 

Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.
 

Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.
 

Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.
 

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.
Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

Sekian, terima kasih.
 
 
Wassalam.
 

Zahida Rafik
20hb April 2012

Mudah - mudahan dengan surat yang disiarkan ini dapat memperbetulkan keadaan sebenar. KepakMerah hanya memerhati sahaja dan sentiasa terbuka untuk melihat kebenaran. Hal sebegini menjadi sukar kerana ia melibatkan politik. Faham - faham sajalah, lagi pun dah nak mengundi... hehehheeee...... KepakMerah tak kata hal ini betul atau salah... Yang lebih mengetahui adalah tuan punya badan yang terlibat. Bahkan MP Ampang pun dapat maklumat daripada pihak ex pemandu Zahida (mungkin bengang sebab dituduh larikan duit).... isshhkkk macam - macam cerita.

KM: mencari kehidupan yang lebih sempurna.

Thursday, 19 April 2012

Prihatin : BOB kuman

Sumber dipetik daripada blog Mazidul


Media cetak dan elektronik datang.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang datang.


Baca di sini.

Wakil UMNO datang.


Wakil SENIMAN datang.


Kakitangan Lembaga Zakat Selangor juga datang.


Baca di sini.

Tujuan mereka sama, untuk membantu Bob Kuman sedang ditimpa musibah.

BELUM DATANG  ...


... dan 


HEBAHKAN


Metrowealth tampil perjelas isu BOB

KepakMerah sempat menjenguk BeautifulNara apabila terbaca tentang isu BOB. Metrowealth tampil membetulkan dan menceritakan hal yang sebenar disebalik isu tersebut.

Bagi KM, soal kebajikan atau pertolongan ikhlas tiada 'had' atau batasan. Ianya bergantung kepada kemampuan seseorang.... Jika pihak Metrowealth nak bantu BOB sampai sembuh atau sebaliknya, itu adalah hak mereka.

Begitu juga dengan BOB, sebagai anak seni BOB akan berikan yang terbaik untuk tatapan atau tontonan masyarakat... Jika pengarah nak jadikan BOB sebagai Hantu dalam sesebuah filem, BOB pasti akan jadi hantu. Jika watak BOB jadi 'tarzan' maka TARZAN lah yang BOB akan berlakon.... daripada situ BOB akan mendapat bayaran.... banyak atau sedikit bergantung kepada bajet yang ditetapkan.

Apa yang KM rasakan, BOB akan berlakon dan membuat persembahan selagi ada permintaan.... tiada 'had' / 'no limit' selagi mampu. Tapi sekarang BOB sedang menanggung kesakitan yang membuatkan beliau tidak mampu untuk bergerak bebas. BOB tak mampu untuk beraksi dipentas apatah lagi dilokasi filem.

Mungkin dengan bantuan yang diterima dapat menampung segala 'kos' terutamanya PERUBATAN.

cerita lanjut dan jawapan daripada pihak Metrowealth.....


Merujuk perkara di atas, syarikat produksi Metrowealth ingin menjelaskan secara terperinci berhubung dakwaan Bob Kuman bahawa pihak kami tidak mengambil inisiatif terhadap tahap kesihatan yang dialami. Untuk makluman semua, pihak kami mempunyai bukti yang mana kami telah memberi sumbangan terhadap beliau pada Julai 2010. Peristiwa ini turut disaksikan oleh wartawan Melodi TV3, Michelle Wee dan juga Nas Ahmad dari Galaksi TV9. Sumbangan ini dibuat semasa lawatan penerbit drama bersiri Jangan Pandang Belakang Congkak iaitu Mejar (K) David Teo di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.
bob kuman
Ketika lawatan dibuat, pihak kami juga telah memberi cek sumbangan kepada beliau untuk meringankan beban yang ditanggung untuk menyelesaikan kos rawatan. Sumbangan tersebut juga, telah diserahkan sendiri oleh penerbit kepada Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Bin Mohd Rawi. Dengan penjelasan ini, pihak kami berharap segala persoalan telah terjawab.
Sihat sakit dari tuhan,
Kita hanya berserah saja,
Supaya selamat pada Bob Kuman,
Marilah sama-sama kita doakannya.
bob kumanDiharap semua pihak lega dengan penjelasan ini. Sama-sama kita doakan agar keadaan kesihatan Bob Kuman bertambah baik.
TQ abang beautifulnara
KM: jom buat amal jariah..... (dijanjikan PAHALA olehNYA)

Panass!! Zahida Rafik dan Menteri???

Salam kepada semua pembaca KepakMerah.

Adakah benar pelakon Zahida Rafik ada hubungan 'istimewa' dengan menteri yang disebut sehingga melibatkan wang jutaan ringgit? Jika ia benar, salah satu lagi kes politik dan artis berprofil tinggi.....

Jika ianya BENAR.... hhhmmmmmmmm.....
atau hanya mainan politik????..... hhhmmmmmmm......

Tetapi kalau ikut kenyataan dalam blog keadilandaily , bekas pemandu telah membuat laporan polis atas tuduhan yang dilemparkan keatasnya. Laporan polis mana boleh buat main - main.

Tepuk dada dan bacalah....




(Oleh: Mohd Martin Kahar)
[KEMASKINI 4.09 PETANG] KUALA LUMPUR 18 April:Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.
Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.
Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.
Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.
“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.
“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.
“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.
“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.
“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.
“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.
Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.
“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.
“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.
Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.
Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.
“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.
Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya  selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.
Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.


KM : Jaga Diri Elok - Elok...

Wednesday, 18 April 2012

Proton Preve SAPPHIRE - mantap

KepakMerah rasa ramai yang dah tengok kereta terbaru keluaran Proton.. iaitu Preve. Ada yang dah pergi showroom, ada yang dah test drive, ada yang tengok kat berita tv, ada yang layan youtube..... dan ada juga yang sekadar tengok gambar jer.

Apa pun tahniah diucapkan kepada PROTON atas hasil usaha yang mantap hingga lahirnya prton generasi baru PREVE. KM dah merasa duduk bahagian pemandu kat showroom proton TTDI, rasa bangga terbit dihati  kerana PREVE adalah kereta buatan Malaysia.

Kepada yang berminat untuk tukar kereta baru, KM cadangkan Preve yang dikuasakan dengan enjin 1.6 mini turbo. Dengar cerita penggunaan minyak yang ekonomi... tapi tak tahulah sebab KM tak beli dan tak memandu Preve. Harganya memang berbaloi dari RM62k - RM72k.

Tapi anda semua dah tengok PREVE SAPPHIRE??????????? Mesti anda semua akan terpegun......

Lihatlah....











Tunggulah pengumuman daripada Proton... bila Sapphire akan dipasarkan... mungkin special edition preve.


KM : amacam!!!!! ada berani..??? memang mantap.



BOB sakit.... bantulah sekadar termampu

Kepak merah amat bersimpati dengan nasib yang menimpa seorang penghibur tersohor negara, telatahnya dipentas mampu membuat kita bergelak ketawa. Dalam kegembiraan yang kita peroleh daripadanya, sudilah kiranya kita sama-sama berkongsi duka dengan BOB yang kini semakin terhimpit dengan masalah kesihatan.  Bila membaca kisah yang dipaparkan dalam blog bro Mazidul ternyata amat perit bagi BOB untuk merayu meminta bantuan.

Mungkin ramai diantara kita melihat kehidupan didalam dunia hiburan dilimpahi dengan kemewahan, hakikatnya cuba lah kita selami jiwa mereka. Ingatlah apa yang dipaparkan atau dilakonkan hanyalah sebuah drama yang dicipta jalan ceritanya. Apa yang BOB lalui hari ini adalah kehidupan sebenar beliau didalam dunia yang nyata. Tiada seorang pun didalam dunia ini termasuk BOB memohon kepada Allah untuk ditimpa kesusahan, semuanya telah ditakdirkan.

Sama - samalah kita berdoa agar BOB diringankan beban yang ditanggung serta disembuhkan daripada penyakit yang dialaminya.

bacalah kisah selanjutnya...... dipetik daripada blog Mazidul



MAYBANK TOLONG AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANK BOB KUMAN

Petang semalam beberapa wartawan dan jurugambar melawat Bob Kuman, 41 tahun, di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Turut berada di lokasi sama, Naib Ketua Biro Muda SENIMAN, Elyas Iskandar, 37 tahun. Saya kemudian menerima pesanan ringkas, SMS, dihantar Naib Presiden SENIMAN. Berikut antara kandungan utama SMS terbabit. 'Sazali anak Allahyarham P. Ramlee terjatuh basikal sewaktu balik dari kerja dan menurut doktor tisu lututnya koyak dan tulang lutut tercedera. SENIMAN melalui Biro Muda SENIMAN membuat surat sokongan kepada pihak kementeriaan ... dana RM10,000 disampaikan kepada Sazali di The Curve, Mutiara Damansara, jam 11.30 pagi tadi' Syukur.



Saya berharap, semua insan bergelar artis mampu dibantu jika mereka berada dalam kesusahan namun mereka harus mendaftar menjadi ahli SENIMAN terlebih dahulu. Suara persatuan tentunya lebih didengari berbanding laungan artis secara individu sewaktu ditimpa bahana. Terfikir, jika artis itu Aaron Aziz, bagaimana? Oh! Barangkali Aaron bukan antara 5,000 ahli SENIMAN justeru tidak timbul sebarang isu.



"Ramai orang beranggapan syarikat Nur Lizz, NL tidak membantu saya sewaktu susah. Sebenarnya NL menjelaskan bayaran rawatan hospital saya dan membelikan saya mesin oksigen tetapi mesin itu rosak," ujar Bob. Kisah dikongsikan oleh Bob petang semalam bakal dipaparkan oleh program Melodi pada hari Ahad minggu ini. Pelbagai soalan dikemukakan wartawan bertugas dan dijawab oleh Bob dengan tenang.



Hari ini, wajah Bob kelihatan sedikit ceria dan sesekali sempat bergurau bersama wakil media menemuinya. Namun saya percaya, banyak lagi hal terbuku di sanubarinya, hanya sebahagian diluahkan kepada media. "Sudah dihubungi Maybank?," soal saya kepada isteri Bob, dinikahinya pada 8 April lalu. Wanita berasal dari Mukah, Sarawak, berusia 28 tahun itu kelihatan tenang menyediakan makan malam untuk suaminya. "Saya telah menghubungi Maybank pagi tadi tetapi setakat ini akaun masih disekat," ujarnya. Saya difahamkan, Bob juga bercakap dengan kakitangan institusi kewangan terbabit. "Abang (Bob) tidak boleh berjalan, dia tidak mampu untuk pergi ke bank," tambah isterinya. Jika kakitangan pengurusan atasan Maybank terbaca entri ini, saya memohon mereka membantu orang ramai menghulurkan sumbangan kepada Bob. TOLONG AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANKNYA.





"Bob, mungkin ada sebilangan peminat atau orang ramai hanya menghulurkan jumlah wang tidak seberapa melalui akaun awak tetapi itu bukti jelas, mereka sayang kepada awak," ujar saya. "Tidak ada masalah bang. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua sudi membantu," celah Bob. Saya difahamkan lebih banyak pihak berhasrat menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada Bob. Hanya Allah mampu membalas jasa mereka. Di entri ini, saya juga ingin merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada semua kerana sudi menyebarkan maklumat berhubung musibah menimpa Bob. "Ini masa saya (susah), InsyaAllah kalau saya sihat, kita bersama akan membantu insan lain berada dalam kesusahan," kata Bob.



Selepas menziarahi Bob, kami semua membasahkan tekak di Restoran Bestari Maju. Kru 666, Adam merakamkan gambar di bawah. "Huh! Masuk blog abang Mazidul aku kali ini. Kali pertama dahulu sewaktu kami menunggu di lokasi kes bunuh," Gaddafi Musli berseloroh. Gadaffi (kanan memakai beg silang), wartawan New Media, Harian Metro. "Saya pun selalu menonton awak di laman Harian Metro online, ada kotak macam televisyen di sebelah kanan," usik saya. Apapun, saya akui, blog picisan ini tidak begitu dikenali berbanding akhbar Harian Metro tetapi cukup memberikan ruang untuk saya berkongsi kisah hitam putih kehidupan bersama pembaca setia.