Monday, 19 March 2012

Scha bersama koleksi pakaian pengantin... hhmmmm

KepakMerah sekadar nak berkongsi gambar-gambar yang diperagakan oleh Scha Al Yahya. Hmmmm cantik-cantik semuanya.....

KepakMerah nak juga tanya Scha... mana satu yang akan dipakai nanti??? .....

Lihatlah koleksi gambar-gambar Scha dan busana pengantin..

422828_10150595236286120_711946119_9830045_461023354_n.jpg
422041_10150595236236120_711946119_9830044_1312712882_n.jpg
421899_10150595236336120_711946119_9830046_68878666_n.jpg
428072_10150595236076120_711946119_9830040_1009101078_n.jpg
430108_10150595235736120_711946119_9830033_1719249004_n.jpg

KM: cantikkan....!!!!

Drama hebat lakonan Elfira Loy



Wahhh nampaknya rezeki Elfira Loy dan Beto Khusairy semakin bertambah, maklumlah... lakonan mereka pun mantap dan amat berbaloi untuk pihak produksi mengambil mereka berlakon.

Stesen TV pastinya memerlukan drama yang bagus dan berkualiti untuk disiarkan.... baru dapat ratings yang tinggi.

KepakMerah dapat tahu, drama yang berjudul "jangan ambil padang kami" akan bersiaran pada 9 April 2012 jam 9 malam di Astro Ria.

KM: sama-sama kita nonton yer....

Scha dah ready nak kahwin.

418276_10150595236116120_711946119_9830041_824578128_n.jpg 

419381_10150595236186120_711946119_9830043_1703502938_n.jpg 



Cantiknya Scha Alyahya dalam persalinan rekaan Baharim. Gambar yang disiarkan ini ialah koleksi busana pengantin dipanggil Syaiful Brides 2012 Campaign. Berminat untuk membeli atau menempah busana pengantin daripada pereka terkenal ini boleh berkunjung ke Syaiful Baharim Atelier, 267 Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur. Berseri Scha dalam gambar ini. Maklumlah nak kahwin tak lama lagi dengan Awal Ashaari.

Layari www.syaifulbaharim.com untuk maklumat lanjut.  

KM: jangan lupa jemput kami yer...

Sebelum nafas terakhir - Pulanglah anak-anakku

Hajat sebelum ajal 

Sayu dan pilu apabila KepakMerah membaca kisah yang dipaparkan didalam Harian Metro hari ini. Seorang Ibu yang kini bertarung nyawa akibat diserang penyakit barah hati peringkat akhir. Hajatnya hanya satu..... nak melihat anak-anaknya yang terpisah sejak 10 tahun lalu. Perpisahan berlaku apabila dia dan suaminya berpisah, tanpa sebab yang diketahui oleh ahli keluarga. Keempat-empat anak lelakinya dibawa oleh suaminya, sejak daripada itu hubungan mereka terputus.

Kepada Bapa anak-anak yang dimaksudkan, bawalah anak-anak mu bertemu dengan ibu mereka. Jika permasalahan yang berlaku diantara kamu, janganlah jadikan anak sebagai mangsa. Cukuplah penderitaan ibu mereka selama 10 tahun yang amat merindui anak-anak yang dikandungnya. Yang pasti, anak-anak juga merindui ibu mereka. Air yang dicincang tidak akan putus. Darah yang mengalir didalam tubuh mereka juga terdapat darah ibu. Syurga juga terletak ditelapak kaki ibu.

Cerita selanjutnya di hmetro 

KM: Pulanglah oh pulanglah.......



Mangkuk Rasulullah - Hebat sambutannya



Lihatlah sendiri bagaimana penghormatan yang diberikan oleh masyarakat Chechnya untuk membawa sebiji 'Mangkuk' yang pernah digunakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Bayangkanlah jika Rasulullah Masih ADA? Rasulullah membuat lawatan ke Chechnya.... apakah sambutan yang akan diberikan. Susah untuk KepakMerah bayangkan... pastinya lebih hebat daripada apa yang kita saksikan didalam video tersebut.

Hebatnya Rasulullah. Tiada manusia sehebat mu. Engkaulah kekasih Allah.

Ayuh kita berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

KM: Law Kana Bai Nana...

Sunday, 18 March 2012

Kecoh apabila anak Rozita Che Wan hilang...

 



Malam tadi kecoh seketika apabila anak kedua Rozita Che Wan, Aniq Ezzra, 14 tahun dikatakan hilang. Hinggakan hal ini mula jadi bualan di laman Twitter contohnya. Difahamkan gara-gara itu ibu tunggal kegilaan ramai itu juga sudah ke Balai Polis untuk membuat laporan.

KepakMerah diberitahu rupa-rupanya Aniq ala ala merajuk dengan mama tersayangnya sejak 5 petang tadi dek sentap dan merajuk apabila Rozita tidak dapat menghantarnya ke kedai gunting rambut. Rentetan itu mood adik kepada Ammar Effendy itu ala swing sekejap gara-gara hal itu. Aniq dijumpai berada di Uptown Shah Alam bersama kawan-kawannya di Uptown Shah Alam sekitar jam 12 tengah malam tadi.

KepakMerah faham dengan kebimbangan Rozita sebagai ibu tunggal dua anak apabila berdepan dengan masalah berkenaan. Faham-faham ajelah dengan senario sekarang apabila kita dikejutkan dengan khabar duka pembunuhan kejam membabitkan golongan anak kecil dan remaja. Alhamdulillah KepakMerah tumpang gembira apabila Rozita bertemu kembali anaknya.

KM: Tunggu Datuk Siti Nurhaliza timang cahaya mata sendiri...