Thursday, 26 April 2012

Kes Zahida Rafik - dah mula hantar notis saman

KepakMerah dah agak, kes seperti ini pasti akan melibatkan saman menyaman demi mempertahankan reputasi masing-masing. Zahida Rafik melalui peguamnya Datuk Seri Shafee Abdullah, telah menyerahkan notis saman kepada Zuraida Kamaruddin, MP Ampang. Zuraida yang mendedahkan isu ini semasa beliau ditemubual di lobi parlimen.

baca selanjutnya....


Ahli Parlimen Ampang Sudah Terima Surat Saman Zahida
PETALING JAYA: Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, yang dituduh menerima wang sebanyak RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menghantar surat saman kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Surat yang dihantar melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April 2012 itu antara lain menuntut Zuraida yang juga Ketua Wanita Keadilan berhenti membuat kenyataan media, menarik balik kenyataan terdahulu serta memohon maaf dalam masa tujuh hari.
“Kita tak sebodoh untuk keluarkan kenyataan tanpa bukti dan biar orang saman kita. Kita tunggu dalam masa terdekat.
“Kita akan bawa hal ini ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Di sana akan menyaksikan lebih banyak rahsia terbongkar,” katanya mengesahkan penerimaan surat saman itu seperti dilaporkan portal katanya seperti dilaporkan portal Laman KL-Today
Laporan itu juga menyebut Zuraida tidak gentar dengan saman berkenaan kerana pihaknya mempunyai bukti bagi setiap tuduhan yang dibangkitkan.
Zuraida Kamaruddin
Zuraida sebelum ini mendedahkan kepada pihak media di lobi Parlimen dengan mendakwa seorang pemandu pelakon tersebut iaitu Noor Azman Azemi membuat laporan polis bertarikh 13 Mac 2012 mengatakan Zahida telah menerima wang berjumlah RM1.5 juta daripada Mohd Shafie.
Sementara itu kebanyakan akhbar pada Khamis melaporkan Zahida menafikan telah berkahwin dengan Mohd Shafie dan menganggap tuduhan itu adalah fitnah semata-mata.
Dia juga menegaskan bahawa sehingga kini dirinya masih solo dan tidak berkahwin dengan mana-mana lelaki termasuklah dengan menteri berkenaan.
“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.
“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya seperti laporan Kosmo! pada Khamis.
Pelakon itu ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria dekat sini Rabu dan ia adalah penampilan pertamanya sejak isu panas itu diperkatakan sepanjang minggu lalu.
Zahida menambah apa yang menyebabkan dia mengambil masa yang lama untuk menjelaskan isu kontroversi tersebut kerana perlu mendapat nasihat peguam.
sumber: mstaronline
KM: zahida...zuraida.. shafie.... shafee .... hampir sama tapi tak serupa.

Zahida belum kahwin dengan Menteri

Zahida Rafik akhirnya bersuara mengenai tuduhan yang dibuat keatasnya tentang hubungan dengan Menteri. Beliau mengambil masa untuk bertemu wartawan kerana 'takut' tersalah bagi kenyataan, sebaliknya beliau mendapatkan nasihat daripada peguamnya terlebih dahulu.

Kontroversi yang melanda Zahida bermula apabila dia kehilangan wang sebanyak RM200,000 didakwa dilarikan oleh bekas pemandunya. Bekas pemandu Zahida telah membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilemparkan dan disinilah timbulnya isu skandal yang didakwa Zahida mempunyai hubungan sulit dengan Menteri.

Menurut Zahida, peguamnya sedang meneliti dan menyiasat isu ini untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Kalau boleh Zahida ingin menamatkan secepat mungkin kontroversi yang ada.

Saya bukan isteri menteri – Zahida




KUALA LUMPUR – Pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) menegaskan sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.
Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu, Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.
“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.
“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam.
Zahida sendiri hairan apabila namanya telah dikaitkan dengan kontroversi tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia turut bermotifkan politik.
kredit: kosmo
Jika anda ingin membaca lebih lanjut, sila dapatkan Kosmo yer.

KM: setiap masalah ada jalan penyelesaiannya....


Tuesday, 24 April 2012

Shafie Apdal - Jawab tohmahan hubungan dengan Zahida


picture: rindok

KepakMerah nak kongsi siaran akhbar yang didakwa dikeluarkan oleh Dato Seri Hj. Shafie Bin Hj. Apdal.
Kandungannya menafikan beliau terlibat didalam skandal dengan artis yang melibatkan jutaan ringgit. Beliau juga mendakwa laporan polis yang dibuat oleh bekas pemandu Zahida Rafik adalah tidak benar dan mempunyai unsur jahat serta bermotifkan POLITIK.


picture : ohartis

Kesahihan tentang skandal yang mendapat perhatian dunia hiburan dan juga dunia politik masih belum dapat dipastikan. Pihak yang terlibat masing-masing menafikan penglibatan mereka. Isu ini pula dibangkitkan oleh pihak pembangkang iaitu musuh politik.

Walau apa pun, laporan polis yang dibuat oleh bekas pemandu Zahida Rafik tidak akan dipandang remeh. Polis pasti akan menyiasat kes ini untuk mencari kebenaran. Tambahan pula kes yang melibatkan pemimpin kerajaan.

Siaran akhbar yang didakwa dikeluarkan oleh Menteri yang terlibat.... bacalah....

shafie apdal

KM: yang benar tetap benar, yang salah tetap salah....

Monday, 23 April 2012

Zahida Rafik perjelas ISU panas




KepakMerah amat tertarik dengan ISU Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Menteri, ini kerana isu yang dibangkitkan melibatkan seorang pemimpin politik yang berpangkat MENTERI. Natijahnya amat besar. Walaupun kita tahu Zahida Rafik bukanlah satu nama besar dalam industri, tapi rata - rata mereka yang mengikuti perkembangan dunia hiburan tahu kewujudan gadis yang bernama 'Zahida Rafik'.

Justeru itu, Zahida tampil dengan pengakuan melalui sepucuk surat terbuka. Bacalah......


Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.
 

Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.
 

Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.
 

Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.
 

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.
Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

Sekian, terima kasih.
 
 
Wassalam.
 

Zahida Rafik
20hb April 2012

Mudah - mudahan dengan surat yang disiarkan ini dapat memperbetulkan keadaan sebenar. KepakMerah hanya memerhati sahaja dan sentiasa terbuka untuk melihat kebenaran. Hal sebegini menjadi sukar kerana ia melibatkan politik. Faham - faham sajalah, lagi pun dah nak mengundi... hehehheeee...... KepakMerah tak kata hal ini betul atau salah... Yang lebih mengetahui adalah tuan punya badan yang terlibat. Bahkan MP Ampang pun dapat maklumat daripada pihak ex pemandu Zahida (mungkin bengang sebab dituduh larikan duit).... isshhkkk macam - macam cerita.

KM: mencari kehidupan yang lebih sempurna.

Thursday, 19 April 2012

Prihatin : BOB kuman

Sumber dipetik daripada blog Mazidul


Media cetak dan elektronik datang.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang datang.


Baca di sini.

Wakil UMNO datang.


Wakil SENIMAN datang.


Kakitangan Lembaga Zakat Selangor juga datang.


Baca di sini.

Tujuan mereka sama, untuk membantu Bob Kuman sedang ditimpa musibah.

BELUM DATANG  ...


... dan 


HEBAHKAN


Metrowealth tampil perjelas isu BOB

KepakMerah sempat menjenguk BeautifulNara apabila terbaca tentang isu BOB. Metrowealth tampil membetulkan dan menceritakan hal yang sebenar disebalik isu tersebut.

Bagi KM, soal kebajikan atau pertolongan ikhlas tiada 'had' atau batasan. Ianya bergantung kepada kemampuan seseorang.... Jika pihak Metrowealth nak bantu BOB sampai sembuh atau sebaliknya, itu adalah hak mereka.

Begitu juga dengan BOB, sebagai anak seni BOB akan berikan yang terbaik untuk tatapan atau tontonan masyarakat... Jika pengarah nak jadikan BOB sebagai Hantu dalam sesebuah filem, BOB pasti akan jadi hantu. Jika watak BOB jadi 'tarzan' maka TARZAN lah yang BOB akan berlakon.... daripada situ BOB akan mendapat bayaran.... banyak atau sedikit bergantung kepada bajet yang ditetapkan.

Apa yang KM rasakan, BOB akan berlakon dan membuat persembahan selagi ada permintaan.... tiada 'had' / 'no limit' selagi mampu. Tapi sekarang BOB sedang menanggung kesakitan yang membuatkan beliau tidak mampu untuk bergerak bebas. BOB tak mampu untuk beraksi dipentas apatah lagi dilokasi filem.

Mungkin dengan bantuan yang diterima dapat menampung segala 'kos' terutamanya PERUBATAN.

cerita lanjut dan jawapan daripada pihak Metrowealth.....


Merujuk perkara di atas, syarikat produksi Metrowealth ingin menjelaskan secara terperinci berhubung dakwaan Bob Kuman bahawa pihak kami tidak mengambil inisiatif terhadap tahap kesihatan yang dialami. Untuk makluman semua, pihak kami mempunyai bukti yang mana kami telah memberi sumbangan terhadap beliau pada Julai 2010. Peristiwa ini turut disaksikan oleh wartawan Melodi TV3, Michelle Wee dan juga Nas Ahmad dari Galaksi TV9. Sumbangan ini dibuat semasa lawatan penerbit drama bersiri Jangan Pandang Belakang Congkak iaitu Mejar (K) David Teo di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.
bob kuman
Ketika lawatan dibuat, pihak kami juga telah memberi cek sumbangan kepada beliau untuk meringankan beban yang ditanggung untuk menyelesaikan kos rawatan. Sumbangan tersebut juga, telah diserahkan sendiri oleh penerbit kepada Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Bin Mohd Rawi. Dengan penjelasan ini, pihak kami berharap segala persoalan telah terjawab.
Sihat sakit dari tuhan,
Kita hanya berserah saja,
Supaya selamat pada Bob Kuman,
Marilah sama-sama kita doakannya.
bob kumanDiharap semua pihak lega dengan penjelasan ini. Sama-sama kita doakan agar keadaan kesihatan Bob Kuman bertambah baik.
TQ abang beautifulnara
KM: jom buat amal jariah..... (dijanjikan PAHALA olehNYA)

Panass!! Zahida Rafik dan Menteri???

Salam kepada semua pembaca KepakMerah.

Adakah benar pelakon Zahida Rafik ada hubungan 'istimewa' dengan menteri yang disebut sehingga melibatkan wang jutaan ringgit? Jika ia benar, salah satu lagi kes politik dan artis berprofil tinggi.....

Jika ianya BENAR.... hhhmmmmmmmm.....
atau hanya mainan politik????..... hhhmmmmmmm......

Tetapi kalau ikut kenyataan dalam blog keadilandaily , bekas pemandu telah membuat laporan polis atas tuduhan yang dilemparkan keatasnya. Laporan polis mana boleh buat main - main.

Tepuk dada dan bacalah....




(Oleh: Mohd Martin Kahar)
[KEMASKINI 4.09 PETANG] KUALA LUMPUR 18 April:Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.
Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.
Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.
Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.
“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.
“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.
“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.
“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.
“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.
“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.
Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.
“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.
“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.
Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.
Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.
“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.
Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya  selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.
Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.


KM : Jaga Diri Elok - Elok...

Wednesday, 18 April 2012

Proton Preve SAPPHIRE - mantap

KepakMerah rasa ramai yang dah tengok kereta terbaru keluaran Proton.. iaitu Preve. Ada yang dah pergi showroom, ada yang dah test drive, ada yang tengok kat berita tv, ada yang layan youtube..... dan ada juga yang sekadar tengok gambar jer.

Apa pun tahniah diucapkan kepada PROTON atas hasil usaha yang mantap hingga lahirnya prton generasi baru PREVE. KM dah merasa duduk bahagian pemandu kat showroom proton TTDI, rasa bangga terbit dihati  kerana PREVE adalah kereta buatan Malaysia.

Kepada yang berminat untuk tukar kereta baru, KM cadangkan Preve yang dikuasakan dengan enjin 1.6 mini turbo. Dengar cerita penggunaan minyak yang ekonomi... tapi tak tahulah sebab KM tak beli dan tak memandu Preve. Harganya memang berbaloi dari RM62k - RM72k.

Tapi anda semua dah tengok PREVE SAPPHIRE??????????? Mesti anda semua akan terpegun......

Lihatlah....











Tunggulah pengumuman daripada Proton... bila Sapphire akan dipasarkan... mungkin special edition preve.


KM : amacam!!!!! ada berani..??? memang mantap.



BOB sakit.... bantulah sekadar termampu

Kepak merah amat bersimpati dengan nasib yang menimpa seorang penghibur tersohor negara, telatahnya dipentas mampu membuat kita bergelak ketawa. Dalam kegembiraan yang kita peroleh daripadanya, sudilah kiranya kita sama-sama berkongsi duka dengan BOB yang kini semakin terhimpit dengan masalah kesihatan.  Bila membaca kisah yang dipaparkan dalam blog bro Mazidul ternyata amat perit bagi BOB untuk merayu meminta bantuan.

Mungkin ramai diantara kita melihat kehidupan didalam dunia hiburan dilimpahi dengan kemewahan, hakikatnya cuba lah kita selami jiwa mereka. Ingatlah apa yang dipaparkan atau dilakonkan hanyalah sebuah drama yang dicipta jalan ceritanya. Apa yang BOB lalui hari ini adalah kehidupan sebenar beliau didalam dunia yang nyata. Tiada seorang pun didalam dunia ini termasuk BOB memohon kepada Allah untuk ditimpa kesusahan, semuanya telah ditakdirkan.

Sama - samalah kita berdoa agar BOB diringankan beban yang ditanggung serta disembuhkan daripada penyakit yang dialaminya.

bacalah kisah selanjutnya...... dipetik daripada blog Mazidul



MAYBANK TOLONG AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANK BOB KUMAN

Petang semalam beberapa wartawan dan jurugambar melawat Bob Kuman, 41 tahun, di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Turut berada di lokasi sama, Naib Ketua Biro Muda SENIMAN, Elyas Iskandar, 37 tahun. Saya kemudian menerima pesanan ringkas, SMS, dihantar Naib Presiden SENIMAN. Berikut antara kandungan utama SMS terbabit. 'Sazali anak Allahyarham P. Ramlee terjatuh basikal sewaktu balik dari kerja dan menurut doktor tisu lututnya koyak dan tulang lutut tercedera. SENIMAN melalui Biro Muda SENIMAN membuat surat sokongan kepada pihak kementeriaan ... dana RM10,000 disampaikan kepada Sazali di The Curve, Mutiara Damansara, jam 11.30 pagi tadi' Syukur.



Saya berharap, semua insan bergelar artis mampu dibantu jika mereka berada dalam kesusahan namun mereka harus mendaftar menjadi ahli SENIMAN terlebih dahulu. Suara persatuan tentunya lebih didengari berbanding laungan artis secara individu sewaktu ditimpa bahana. Terfikir, jika artis itu Aaron Aziz, bagaimana? Oh! Barangkali Aaron bukan antara 5,000 ahli SENIMAN justeru tidak timbul sebarang isu.



"Ramai orang beranggapan syarikat Nur Lizz, NL tidak membantu saya sewaktu susah. Sebenarnya NL menjelaskan bayaran rawatan hospital saya dan membelikan saya mesin oksigen tetapi mesin itu rosak," ujar Bob. Kisah dikongsikan oleh Bob petang semalam bakal dipaparkan oleh program Melodi pada hari Ahad minggu ini. Pelbagai soalan dikemukakan wartawan bertugas dan dijawab oleh Bob dengan tenang.



Hari ini, wajah Bob kelihatan sedikit ceria dan sesekali sempat bergurau bersama wakil media menemuinya. Namun saya percaya, banyak lagi hal terbuku di sanubarinya, hanya sebahagian diluahkan kepada media. "Sudah dihubungi Maybank?," soal saya kepada isteri Bob, dinikahinya pada 8 April lalu. Wanita berasal dari Mukah, Sarawak, berusia 28 tahun itu kelihatan tenang menyediakan makan malam untuk suaminya. "Saya telah menghubungi Maybank pagi tadi tetapi setakat ini akaun masih disekat," ujarnya. Saya difahamkan, Bob juga bercakap dengan kakitangan institusi kewangan terbabit. "Abang (Bob) tidak boleh berjalan, dia tidak mampu untuk pergi ke bank," tambah isterinya. Jika kakitangan pengurusan atasan Maybank terbaca entri ini, saya memohon mereka membantu orang ramai menghulurkan sumbangan kepada Bob. TOLONG AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANKNYA.





"Bob, mungkin ada sebilangan peminat atau orang ramai hanya menghulurkan jumlah wang tidak seberapa melalui akaun awak tetapi itu bukti jelas, mereka sayang kepada awak," ujar saya. "Tidak ada masalah bang. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua sudi membantu," celah Bob. Saya difahamkan lebih banyak pihak berhasrat menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada Bob. Hanya Allah mampu membalas jasa mereka. Di entri ini, saya juga ingin merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada semua kerana sudi menyebarkan maklumat berhubung musibah menimpa Bob. "Ini masa saya (susah), InsyaAllah kalau saya sihat, kita bersama akan membantu insan lain berada dalam kesusahan," kata Bob.



Selepas menziarahi Bob, kami semua membasahkan tekak di Restoran Bestari Maju. Kru 666, Adam merakamkan gambar di bawah. "Huh! Masuk blog abang Mazidul aku kali ini. Kali pertama dahulu sewaktu kami menunggu di lokasi kes bunuh," Gaddafi Musli berseloroh. Gadaffi (kanan memakai beg silang), wartawan New Media, Harian Metro. "Saya pun selalu menonton awak di laman Harian Metro online, ada kotak macam televisyen di sebelah kanan," usik saya. Apapun, saya akui, blog picisan ini tidak begitu dikenali berbanding akhbar Harian Metro tetapi cukup memberikan ruang untuk saya berkongsi kisah hitam putih kehidupan bersama pembaca setia.

Ayah paksa kahwin... tak kahwin kena bunuh

KM sempat baca akhbar secara online pagi ni, mata tertarik bila melihat cerita pasal kahwin yang dipaksa oleh keluarga. Sampaikan ada unsur untuk membunuh anak sendiri jika menolak permintaan ayahnya. Jodoh perkahwinan memang sudah ditentukan oleh Allah, tapi jika kita tak berusaha untuk mencari, susahlah. Si Ayah memasang impian untuk bermenantukan pilihan hatinya. Si anak menolak dengan cara terbaik kerana belum mengenali hati budi calon suami yang dicadangkan dan alasan lain kerana belum bersedia.

Cuba kita toleh kebelakang seketika, 20 atau 30 tahun dahulu.... bagaimana seorang anak yang akan menuruti apa sahaja yang telah dirancang oleh keluarga tanpa membantah. Ini kerana sikap hormat kepada kedua orang tua amat kuat. Ibu Bapa mana yang sanggup melihat anak mereka hidup merana??? Setiap keputusan yang dibuat semuanya telah dikaji secara mendalam dan bukannya main 'lepas batuk ditangga'. Ini soal kehidupan.

Si anak pula sekarang ni dah ada pilihan hati sendiri, dan sorok daripada pengetahuan keluarga menyebabkan berlakunya perselisihan faham. Jika keluarga tahu anaknya dah ada pilihan hati, mungkin mereka akan menerima dengan baik. Tapi jika ayah tidak mengetahui bahawa anaknya dah ada 'boy friend' dan umur anak pun dah makin meningkat, mungkin kerisauan yang membelenggu takut anak 'tak laku'. Tindakan yang diambil, mereka mencari calon untuk anak mereka pastinya pilihan yang terbaik. Bila dipersembahkan hajat mereka kepada anaknya, inilah yang jadi... anak menolak jodoh yang dicari menyebabkan si ayah naik angin satu badan.

Kepada si ayah, kepada si anak berbincanglah sekali lagi. Duduk semeja dan cuba selami permasalahan yang wujud. Pastinya masalah itu boleh diatasi. Berilah yang terbaik kepada anak darah daging sendiri. Wahai anak, pandanglah ayah mu dengan pancaindera yang tulus dan mulus, seteruk mana pandangan mu... dia TETAP ayah mu. INGAT tidak ada seorang pun ayah yang sanggup melihat anaknya hidup susah.

bacalah kisah yang dipaparkan hari ini.....


KUALA LUMPUR: Kahwin atau dibunuh itu kata dua diberikan seorang bapa kepada anak perempuannya yang dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihannya ketika berbincang di rumah mereka di Kepong Baru, dekat sini Ahad lalu.
Malah, lebih kejam wanita berusia 27 tahun terbabit turut dipukul sebelum dihalau keluar selepas mangsa tidak bersetuju dengan rancangan bapanya berusia 50-an yang ingin menjodohkan dengan lelaki tidak dikenalinya.

Akibatnya, mangsa menumpang di rumah rakannya sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.
Mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Jinjang.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam dipanggil ibu bapanya ke ruang tamu untuk berbincang sesuatu.

“Mangsa pada mulanya menolak secara baik permintaan keluarganya itu tambahan dia tidak mengenali bakal suami. Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila si bapa memarahinya,” katanya.
Sumber berkata, terkejut dengan sikap bapanya itu, mangsa memberitahu dia tidak bersedia untuk berkahwin tambahan belum mengenali hati budi bakal suaminya.

“Geram anaknya enggan bersetuju dengan rancangan perkahwinan itu, lelaki terbabit yang gagal mengawal kemarahan menampar pipi mangsa beberapa kali.
“Malah, bagaikan dirasuk, anaknya dipukul menyebabkan mangsa yang kesakitan merayu dilepaskan,” katanya.

Menurutnya, mujur ibu mangsa membantu dan meminta suami bersabar dan memujuk anaknya supaya bersetuju dengan perkahwinan terbabit.

“Si bapa yang masih marah memberi kata dua kepada mangsa sama ada dia bersetuju untuk berkahwin atau dibunuh.

“Namun, mangsa berdegil dan memberitahu dia enggan berkahwin menyebabkan bapanya menghalaunya dari rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

terima kasih hmetro.com.my

Aku dan KepakMerah

Assalamualaikum KM ucapkan. Lama rasanya KM tak update cerita ceriti kt blog nih... maklumlah sibuk uruskan kerja seharian, kekadang terlupa bahawa KM ada blog .. hehhehee... kepada pembaca blog KM, minta maaf yer kalau buka blog nih tapi story masih sama...(no new update).

Sebenarnya KM banyak sangat cerita pasal artis2 kt Malaysia nih, sampai tahap cerita yang mampu menggegarkan artis itu sendiri. Tetapi itu bukan niat KM wujudkan blog nih untuk menghentam artis di tanah melayu... tetapi sekadar teguran yang positif. Hari2 KM dapat cerita dunia seni, artis A ada skandal dengan sipolan sipolan.... ada juga si artis yang skandal dengan suami orang... tak kurang juga artis nak jadi sangat artis sebab nak cari calon suami orang kaya.... ada juga semata mata jadi pelakon kerana minat nak berlakon dengan artis pujaan hati... hmmmmm macam-macam kan!!!! tapi itu hak dia oranglah.

Kalau dapat kongsi kt sini memang best sangat ... tapi.... kesian pulak bila fikirkan impaknya. Sejak sekian lama diperhatikan dunia hiburan tanah air tak pernah kering dengan cerita 'public figure'.... setiap hari ada cerita mereka diakhbar... apatah lagi didalam majalah hiburan. KM memang sentiasa mendapat cerita yang sahih dan benar, berlaku didepan mata pun banyak kali. Cuma pilih sahaja nak jenis cerita yang macamana. Semuanya artis... kalau tak fikir pasal periuk nasi orang lain... memang nak jer KM 'publish' kisah artis nih secara terang dan nyata. KM akan pilih untuk menegur cara berhemah.... bukan untuk menghentam.

Ada juga artis yang hanya berlakon drama tetapi siap ada kereta mewah beserta 'bodyguard'... hebat tak??? KM tahu berapa production bayar untuk setiap scene. Jika dihitung dengan jumlah drama yang dia berlakon dan bayaran yang diterima... rasanya tak mampu kot untuk memilikki semua kemewahan yang ada.... lainlah kalau si pelakon tu lahir daripada golongan yang BERADA @ keturunan yang memang harta berjuta - juta. Tapi itulah yang nyata dunia artis hari ini.... berlakon, bernyanyi kerana mencari nama dan glamour semata-mata dan bukan kerana SENI.... (tak semua artis macam ni) dan memang ada artis yang mencari rezeki dalam dunia seni dengan bakat yang dimilikki.

Walau apa pun KM kongsikan di blog ini, lihat dan bacalah serta nilaikan disudut positif..... KM ber 'blog' bukan kerana nama atau wang ringgit... ini adalah hobi. Kalau ada kelapangan KM akan menulis, kalau tak, bacalah aje lah cerita yang ada.. heheheee.....

Wassalam.


Friday, 13 April 2012

Awas!! Lelaki Nigeria - Jangan jadi mangsa mereka

CUKUPLAH TUBUH DIGOMOLI DAN DIRATAH LELAKI NIGERIA

Mengapakah saya berasa amat meluat setiap kali melihat gelagat lelaki Nigeria di negara ini? Kerana saya banyak mengetahui sisi gelap kegiatan mereka melalui pengalaman dan berita disampaikan oleh pihak berkuasa ke telinga saya.

Saya percaya sebilangan warga Nigeria mengenali wajah saya sewaktu berkhidmat sebagai wartawan penyiaran dan perantara program 999 sebelum ini. Justeru tidak hairan jika saya kerap dilontarkan jelingan tajam sekiranya berada di lokasi tumpuan mereka.

Semalam saya mendedahkan kisah wanita tempatan, 'Jie', 30 tahun, menjadi kekasih lelaki Nigeria selama setahun.

Allah menemukan Jie dengan blog ini dan menurutnya sedikit sebanyak mendorong dia mengundurkan diri dari perhubungan itu.

Baca luahan Jie di blog Journalis Maya, klik di sini.

Saya yakin bukan mudah keputusan dibuat oleh Jie untuk berkongsi pengalamannya bersama pembaca blog ini. Apapun secara peribadi, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada dia kerana mengambil langkah bijak sebelum nasi menjadi bubur.

"Adakah banyak komputer di rumah Charles?," itu soalan saya.

"Dia ada 2 laptop. Internet 24 jam menggunakan nama perempuan tempatan, orang asli. Dua lagilaptop diberikan kepada rakannya," balas Jie.

Sebaik menerima informasi itu, saya percaya bekas teman lelakinya sah terbabit dengan kegiatan penipuan menggunakan internet.

Berikut pertikan dari entri saya nukilkan pada 22 Disember 2012.

"Dalam rumah ini, ada 3 bilik. Satu bilik, saya dengan teman lelaki manakala dua bilik lagi, kawan dia duduk tiga orang. Mereka semua terbabit dalam 'parcel scam' sejak saya mula tinggal bersama. Mereka online 24 jam sehari kecuali pada hari Isnin mereka ke universiti dan kolej," jelas Zana.

Untuk membaca entri lengkap sila klik di sini.


Untuk rekod, Zana menghubungi saya selepas menyedari dirinya ditipu dek lelaki Nigeria mendakwa amat menyayangi dirinya. Dalam operasi dilaksanakan oleh pihak polis, 3 rakan serumah bekas kekasih Zana, dari negara sama  berjaya diberkas namun agak malang, dia berjaya melarikan diri.

Lazimnya, lelaki Nigeria memburu gadis berpunggung dan berbuah dada besar tetapi melalui pengamatan saya, Zana gadis manis dan bertubuh sederhana.

Namun, sebilangan lelaki Nigeria tidak teragak-agak untuk menyetubuhi sesiapa sahaja asalkan mereka bergelar wanita biarpun tubuh sudah berkedut seribu.

Baca kisah benar, diceritakan kepada saya di sini.

Melalui pengalaman lampau, ramai mangsa menceritakan kepada saya, kononnya bekas teman lelaki mereka mendakwa dilahirkan dalam keluarga kaya di Nigeria.


Saya sempat membuat sedikit penyelidikan berhubung Nigeria dan informasi itu saya kongsikan bersama pembaca  di sini.

Pembaca tentunya pernah membaca kes lelaki Nigeria dilaporkan mencabul gadis atau isteri rakyat tempatan. Lihat gelagat lelaki Nigeria di bawah.


Barangkali mereka sudah terbiasa dengan perlakuan sebegitu di negara sendiri dan kemudian terbawa-bawa ke negara kita, alah bisa tegal biasa.

Geram melihat tindakan melampau, menunjukkan kemaluan kepada wanita tempatan, warga Nigeria dibelasah, maut dalam kejadian di Batu 9, Kajang, Selangor.

Baca laporan akhar Harian Metro di sini.

7 anggota RELA terbabit direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan pesalah boleh dihukum gantung sampai mati, mandatori. 

Saya percaya agak sukar untuk pegawai penyiasat mengenal pasti suspek sebenar mengakibatkan kematian, suspek membuat pukulan terakhir mengakibatkan lelaki Nigeria itu terbunuh. Apapun kita tunggu keputusan hasil siasatan dilakukan oleh pihak polis. 

Peringatan saya kepada pembaca, jika berhadapan dengan lelaki Nigeria bertindak ganas, tangkap dan lumurkan sahaja seluruh badannya dengan cili padi ditumbuk halus. Setegap mana sekalipun tubuhnya, dia pasti akan menjerit kepanasan. 


Tiada kesan luka atau kecederaan dapat dikesan.

Jika dia terduduk, sebat tapak kakinya menggunakan paip getah kerana tindakan itu tidak akan meninggalkan sebarang kesan di kakinya biarpun jeritannya bak menggegarkan dunia.

Kita tidak perlu sama sekali memukul mereka sehingga mati lalu akhirnya digelar hero kecundang tetapi pada masa sama kita juga tidak wajar membenarkan lelaki Nigeria 'menghentak' wanita tempatan sehingga melahirkan anak tanpa nikah.

Biarpun bukan beragama Islam, wanita dilaporkan berasal dari Sabah di bawah dilaporkan tinggal bersama lelaki Nigeria sehingga melahirkan anak di Puchong, Selangor.


Sebaik entri mengenainya dan kegiatan penipuan lelaki, ayah kepada anak kecil itu disiarkan di blog ini, mereka melarikan diri dari kondominum disewa.

Saya percaya blog mencecah hit lebih 6.4 juta ini turut dibaca oleh sebilangan wanita tempatan kini tinggal sebumbung bersama lelaki Nigeria di Malaysia.

Dengan kerjasama semua pembaca, kita bersama berkebarangkalian menyedarkan wanita tempatan agar keluar dari belenggu penipu.

Cukuplah tubuh digomoli dan diratah setiap hari hanya bermodalkan air liur dan kata manis oleh warga Afrika terbabit. Zana dan Jie telah membuktikan mereka mampu mengubah kehidupan dari bergelumang dengan lelaki Nigeria. 

Cukuplah.

Jika terdapat mangsa ingin menghubungi saya, sila hantarkan informasi melalui private message, PM ke akaun Facebook saya, klik Mazidul Akmal. Saya berazam untuk membantu dengan menyalurkan maklumat diperolehi kepada pihak berkuasa.

Itu janji saya.

Jangan biarkan hidup dibelenggu lelaki Nigeria.

Kepada semua pembaca, bantu saya. Mohon sebarkan entri ini kepada semua rakan dan ahli keluarga di seluruh negara.

Saya menyanjung tinggi jasa dan sumbangan itu.

Salam.

HEBAHKAN ENTRI INI KEPADA SEMUA SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA KALIAN SEMUA
sumber : blog bersama mazidul

KM : tahniah BRO yg sentiasa prihatin dgn nasib masyarakat.