Wednesday 29 February 2012

Hos baru Jalan Jalan Cari Makan


Iqbal dan anak angkatnya


Shiha mentor



Khabarnya program Jalan Jalan Cari Makan yang disiarkan di TV3 setiap Ahad jam 12 tengah hari akan menampilkan hos baru iaitu Iqbal  yang juara program realiti Pilih Kasih musim pertama. Dia akan digandingkan dengan Shiha Mentor.
   Ia dalam proses rakaman dan  akan dapat ditonton pada masa terdekat ini.  Nampaknya selepas ini Iqbal kena bertambah rajin ke jim, kalau tak tentu badannya montel kerana setiap minggu makan aje kerjanya.
  Kalau sebelum ini Iqbal mengeluh juga kerana kurang tawaran berlakon tetapi sekarang bakat nya semakin bersinar-sinar. Ini mungkin berkat kesabaran Iqbal. Dia juga baru jadi bapa segera selepas mengambil seorang bayi lelaki sebagai  anak angkatnya. Kalau tak salah KepakMerah, dia namakan anaknya itu Adam.

KM: Seronok rakan artis berjaya dan pandai jaga diri.
   

Pakaian selebriti Hollywood yang pelik


Gwyneth Paltrow


Faith Hill


Uma Thurman


Britney Spears


JLo + Marc Anthony


Victoria Beckham


Pink


Cameron Diaz


Madonna


Amber Rose

picture: zimbio

KM: Macam macam adaaaa.... 

Selena Gomez + Justin Bieber




Jelas terpancar kebahagiaan diraut wajah mereka berdua. Tetapi sejauh manakah perhubungan mereka akan berkekalan? Hollywood memang terkenal dengan pasang surut perhubungan intim pasangan kekasih............

KM: Kita tengok jer lah nanti....

berTWITTER ikut sedap jari ... artis Malaysia

KepakMerah terkejut bila membaca Twitter sorang artis nih, ayat di twitter nya seolah tidak berpuashati dengan tindakan kerajaan membatalkan konsert Erykah Badu yang sepatutnya berlangsung di negara kita. Nama sahaja Islam tapi menulis di twitter tanpa fikir diri awak tu siapa. Awak tu setakat artis jer, pelakon drama dan filem yang suam-suam kuku.

KepakMerah nak tegur pasal artis nih, siap tulis nak 'migrate' sebab negara kita banyak membuat keputusan 'bodoh dan memalukan' - So, apa yang si artis tu nak tunggu lagi. Kemas lah beg pakaian tuh dan pergi beli tiket kapal terbang dan pilihlah destinasi yang nak dituju. Nak duduk kat negara mana??? KepakMerah rasa la, takkan ada satu pun rakyat Malaysia nak halang dia..... pergilah. Peminat kat Malaysia nih bila - bila masa boleh bertukar artis.... 'tak heran pun'.

Lagi satu yang KepakMerah benar-benar terperanjat bila dia dengan selamba badak jer tulis dan buat perbandingan mengatakan bahawa "ramai manusia yang pergi ke 'MEKAH' bertattoo .... dan tak kena sambar petir pun?" - wahhhh sedapnya ayat dia..... artis ni pernah rasa kena petir ka??? kalau tak pernah jangan la cuba-cuba bermain 'petir'. KepakMerah faham apa yang nak dimaksudkan tu.... mungkin mereka yang baru memeluk Islam pergi ke Mekah untuk menunaikan HAJI atau Umrah (mereka tak kena panah petir).... mungkin tattoo yang ada dibadan mereka tu dibuat SEBELUM mereka memeluk ISLAM. Entah-entah ILMU yang ada pada mereka tentang Islam lebih tinggi daripada artis tuh.... hhmmmm... fikirkan.

KepakMerah nak menulis ni pun fikir berpuluh kali, tapi KepakMerah kena tulis juga dan membuat teguran demi kebaikan semua pihak. Ambillah iktibar daripada perkara-perkara yang telah Allah tunjukkan kepada umat manusia. Dah banyak BALA diturunkan..... tak nampak ke???


KM: suka menulis.... sambil menulis dan berFIKIR akibatnya setelah dibaca oleh orang lain.


Liyana Jasmay nak bertunang



Tahniah daripada KepakMerah. Memang sesuailah dengan sigle terbaru daripada LJ yang berjudul Cinta Bersatu. Macam ada simbolik pulak kan!!! 

EKSKLUSIF: Tunang bulan depan


2012/02/29

pix_gal0
SELEPAS digosipkan bercinta dengan Syamsul Yusof dan Aizat, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay akhirnya menamatkan spekulasi mengenai jejaka yang layak bertakhta di hatinya apabila mengaku bakal bertunang dengan ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, bulan depan. 

Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini



KM : Bertunang jangan lama sangat.... kata orang, dalam tempoh tu banyak ujian yang datang. 

Bienda dapat anak perempuan juga




Baru semalam kita dikhabarkan dengan berita gembira mengenai Mawi dan Ekin yang dikurniakam cahaya mata perempuan. Hari ini KepakMerah dapat tahu yang penyanyi Bienda pun selamat melahirkan bayi perempuan. Rupa-rupanya penyanyi kepada lagu Penantian dan isteri kepada penerbit program TV bernama Boy itu sudah selamat melahirkan anak pada 26 Februari lalu.

Bayi comel itu diberi nama Lavienda Namiraz dengan berat 2.95 kilogram. Tahniah diucapkan kepada anak penyanyi dangdut Sheeda itu. Maknanya Sheeda dah jadi nenek lah yer.....

KM: Granny... Granny... Granny... nyanyi dangdut satu kali... hehehee

Tuesday 28 February 2012

Kumpulan nasyid terkilan. Kenapa???

Kumpulan nasyid ini mengeluh kerana syarikat penerbitan yang mereka amanahkan untuk mempromosikan album mereka tidak begitu menjalankan tanggungjawab mereka. Sayanglah kalau produk yang bagus tidak dipromosikan kerana peminat dan pendengar tak tahu yang mereka sudah ada produk baru. KepakMerah dah dengar  album zikir yang mereka hasilkan, memang bagus.

Selepas dirisik rupanya syarikat penerbitan itu milik satu lagi kumpulan nasyid. Jadi dalam hal ini ada 'conflict of interest'. Walaupun dua kumpulan nasyid itu berkawan baik tetapi mereka juga manusia biasa. Rasa iri dan kurang senang dalam hati mesti ada. Tapi kalau boleh, hindarilah sikap sebegitu. Mereka semua tahu hal-hal agama dan sering mejadi contoh yang baik kepada masyarakat.

Macam mana mereka nak mempromosikan album kumpulan nasyid itu bersungguh-sungguh kerana ia nanti seolah-olah menutup periuk nasi mereka sendiri. KepakMerah dengar mereka kini bercadang mahu mempromosi album itu sendiri. Puas hati!

KM: Sama ada Tok Lebai atau Tok Haji, kita semua manusia biasa. 

Haiza lancar single Semalam







Haiza lancar single baru berjudul Semalam


Selamatlah sudah pelancaran lagu single Haiza yang terbaru berjudul 'Semalam' yang berentak pop. Pelancaran itu diadakan di Red Box, Sogo dengan turut dihadiri peminatnya.

Dengann terhasilnya single itu, tidak bermakna dia melupakan irama dangdut yang selama ini menjadi darah dagingnya. Anak kelahiran Benut, Pontian,Johor itu beritahu KepakMerah yang jiwanya begitu kuat mencintai irama dangdut tetapi masalahnya jika dia menghasilkan lagu dangdut, susah nak diputarkan di stesen radio.

Katanya lagi dia hasilkan lagu Semalam bukan untuk menyaingi sesiapa tetapi sekadar untuk mewarnakan industri.

'Semalam' adalah ciptaan Nawfas dan lirik Mawar Putih itu. Album mini terbaru Haiza akan turut memuatkan lagu Marilah Padaku ciptaan Audi Mok dan Omar K. Bagi yang ingin mendapatkan album single Semalam boleh melayari Facebook milik Haiza iaitu Haiza Deen Full atau Haiza Deen II.

Tempahan juga boleh dibuat menerusi Twitter miliknya iaitu @haizahanafi.


Demi meneruskan kelangsungannya dalam bidang seni, dia sanggup keluarkan bajet sendiri. Berpuluh ribu jugalah dia berhabis untuk dua lagunya itu kerana semuanya menggunakan duit sendiri.

Semalam juga dia melancarkan klip video lagu Semalam tetapi KepakMerah difahamkan yang Haiza macam tak berapa berkenan dengan pembikinannya. Nantilah KepakMerah selongkar apa yang ada dalam hati Haiza itu.


KM: Artis lama berjaya kerana komitmen dan keikhlasan hati mereka dalam berkarya.